Cara Mohon Skim i-Lestari, Skim i-Agro & Skim i-Bermusim, 3 Skim Hijrah Selangor
Untuk merancakkan semula perniagaan di negeri Selangor, Kerajaan di negeri Selangor telah memperkenalkan 3 skim pembiayaan yang baharu.
Apakah 3 skim pembiayaan baharu yang diperkenalkan Kerajaan negeri Selangor untuk membantu usahawan dan peniaga ini?
Anda juga boleh membuat permohonan 3 skim pembiayaan ini seperti yang dikongsikan disini. Lebih mudah dan cepat malah ada pelbagai penambahbaikan.
3 SKIM PEMBIAYAAN HIJRAH SELANGOR
Isi Kandungan
Kerajaan Negeri Selangor juga telah memperkenalkan 3 Skim Pembiayaan Hijrah Selangor iaitu:
- Skim i-Lestari
- Skim i-Agro
- Skim i-Bermusim
3 skim pembiayaan ini merupakan produk terbaru pinjaman Hijrah Selangor yang meneliti perkembangan semasa. Huruf i dihadapan bermasuk Islamik iaitu objektif Hijrah Selangor yang menepati kehendak syariah.
Ia juga diperkenalkan bagi membantu usahawan memulih dan memulakan semula perniagaan terjejas susulan Covid-19.
Baca juga: [i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya
CIRI-CIRI SKIM i-LESTARI, i-AGRO & i-BERMUSIM
Apakah ciri-ciri Skim i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim serta perbezaan antara ketiga-tiga skim pembiayaan ini?
Skim i-Lestari
- Menawarkan modal tambahan lebih tinggi sebanyak RM51,000 hingga RM100,000.
- Usahawan sedia ada yang mahu mengembangkan lagi perniagaan.
Skim i-Agro
- Usahawan sektor pertanian (penyediaan hab bekalan makanan).
- Penternakan dan akuakultur.
- Modal tambahan bermula RM1,000 hingga RM50,000.
Skim i-Bermusim
- Modal pusingan untuk perniagaan bermusim seperti bazar ramadan, bazar perayaan dan gerai buah-buahan bermusim.
- Bantu memulih dan mengembangkan cabang perniagaan sampingan sedia ada dalam tempoh singkat.
CARA MEMOHON PEMBIAYAAN SKIM i-LESTARI, i-AGRO & i-BERMUSIM
Usahawan dan peniaga yang berminat untuk memohon salah satu daripada 3 skim pembiayaan ini boleh membuat permohonan secara online seperti berikut:
- Layari https://www.hijrahselangor.com/
- Klik Perkhidmatan di bahagian menu
- Pilih menu dropdown: Permohonan Online/Semakan Baki
- Anda akan dibawa ke paparan seterusnya
- Bagi pengguna kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan Create an Account.
Baca juga: Kasih Ibu Smart Selangor: Bantuan RM200 Sebulan Untuk Para Ibu
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai Skim i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim sila dapatkan di:
- +603 5519 1692
- [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.