Tarikh Pindaan Bayaran Faedah PERKESO Bulan Oktober 2021. Semak Disini Ya!

Para penerima bayaran faedah PERKESO tidak perlu susah hati kerana PERKESO membuat bayaran setiap bulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Namun terkini seperti yang diumumkan oleh PERKESO, bayaran bagi bulan Oktober telah pun dipinda ke tarikh yang baharu.

Bilakah tarikh baharu bagi bayaran faedah PERKESO bulan Oktober sekiranya dipinda?

INFO RINGKAS BAYARAN FAEDAH PERKESO

Bayaran faedah PERKESO adalah:

  • Berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).

2 SKIM BAYARAN FAEDAH PERKESO

Jika anda belum tahu, bayaran faedah PERKESO adalah mengikut 2 skim iaitu:

  • Skim Bencana Pekerjaan
  • Skim Pencen Ilat

TARIKH PINDAAN BAYARAN FAEDAH PERKESO BULAN OKTOBER

Mengikut PERKESO, penerima akan menerima bayaran faedah pada tarikh baharu iaitu pada:

  • 29 Oktober 2021

Ini bermakna, penerima akan menerima lebih awal daripada tarikh asal mengikut jadual yang dikeluarkan sebelum ini.

Tarikh Pindaan Bayaran Faedah PERKESO Bulan Oktober 2021. Semak Disini Ya!

Nota: Bayaran faedah PERKESO diawalkan sempena Deepavali pada 4 November 2021.

JADUAL PENUH TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO 2021 (SELEPAS PINDAAN)

Anda boleh rujuk jadual penuh tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2021 selepas pindaan seperti di bawah.

BULAN TARIKH HARI  NOTA
Januari 29 Januari 2021 Jumaat 1 Februari 2021 bersamaan Hari Wilayah Persekutuan
Februari 1 Mac 2021 Isnin
Mac 1 April 2021 Khamis
April 30 April 2021 Jumaat 1 Mei 2021 bersamaan Hari Pekerja
Mei 11 Mei 2021 Selasa 13 Mei 2021 bersamaan Hari Raya Puasa
Jun 1 Julai 2021 Khamis
Julai 15 Julai 2021 Khamis 21 Julai 2021 bersamaan Hari Raya Qurban
Ogos 1 September 2021 Rabu
September 1 Oktober 2021 Jumaat
Oktober 1 November 2021 Isnin Bayaran diawalkan ke 29 Oktober 2021 sempena Deepavali pada 4 November 2021
November 1 Disember 2021 Rabu
Disember 21 Disember 2021 Selasa 25 Disember 2021 bersamaan Hari Krismas

Untuk rujukan jadual sebelum ini, anda boleh klik pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi berikut:

ATAU

Kunjungi pejabat PERKESO yang terdekat dengan anda.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.