Rebat 100% Secara One-Off Bil Elektrik TNB Serta Pendawaian Percuma Rumah Keluarga B40
Syukur kerana rakyat Malaysia secara keseluruhannya sangat suka membantu mangsa-mangsa yang dilanda bencana.
Malahan, Kerajaan Malaysia juga berbesar hati memberikan beberapa bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan sekurang-kurangnya ia membantu mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan selepas bencana berlaku.
Memahami kesulitan yang dialami mangsa banjir, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga bakal memberikan rebat sebanyak 100% kepada 72,000 pengguna domestik yang terjejas.
JUMLAH REBAT KEPADA MANGSA BANJIR
Isi Kandungan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan:
- Rebat 100% secara one off bagi bil elektrik bulan Disember 2021.
Untuk pengetahuan anda juga, rebat ini melibatkan peruntukan RM9 juta dan bakal dimanfaatkan seramai 72,000 pengguna domestik yang terjejas banjir.
PEMERIKSAAN PENDAWAIAN PERCUMA
Selain daripada pemberian rebat 100% kepada pengguna domestik yang terjejas banjir, TNB juga bakal:
- Menerajui inisiatif pemeriksaan pendawaian secara percuma bagi kediaman B40 yang teruk dilanda banjir bagi meringankan beban mereka serta untuk mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat.
Untuk pengetahuan, TNB sudah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian secara percuma dengan sokongan sejak Jumaat lalu. Antara kontraktor-kontraktor tersebut ialah:
- PERNISMA
- TEEAM
- TNB ENERGY SERVICES
- Kontraktor elektrik bertauliah
Kerja-kerja pemeriksaan pendawaian secara percuma ini telah dilakukan secara sukarelawan di negeri:
- Selangor
- Pahang
- Kuala Lumpur
Selain itu, kerajaan-kerajaan negeri juga turut memberikan sumbangan kepada mangsa banjir yang terlibat. Rujuk pautan berikut:
- Bantuan Khas RM500 Kepada Mangsa Banjir Di Negeri Pahang. Semua Mangsa Layak Terima Bantuan
- Cara Mohon Bantuan Banjir Zakat Selangor, Bantuan RM600 One-Off
- Sumbangan RM1,000 Untuk Ketua Isi Rumah Di Selangor Terlibat Banjir
Diharap mangsa banjir mampu menarik nafas lega atas segala bantuan yang diberikan kepada mereka. Semoga semua lebih bertabah atas segala musibah yang berlaku.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.