Pengagihan Bakul Makanan RM100 & Kaedah mySTEP Bantu Mangsa Banjir Selain Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Baru-baru ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengumumkan untuk memberikan rebat elektrik sehingga 100% kepada pengguna domestik yang terlibat banjir di negeri Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur.

Sebelum ini juga, Perdana Menteri juga telah mengumumkan pemberian Bantuan Wang Ihsan (Bencana Banjir) kepada mangsa banjir serta kenaikan bantuan sehingga RM10,000 bagi mangsa banjir yang terlibat dengan kematian.

Terkini, Perdana Menteri turut mengumumkan Bantuan Pasca Banjir kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat seperti Pengagihan Bakul Makan dan Kaedah mySTEP untuk penggunaan tenaga kerja.

PERUNTUKAN RM50 JUTA

Kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan secara terus sebanyak RM50 juta kepada dua negeri iaitu Pahang dan Selangor yang terjejas teruk akibat banjir.

Manakala bagi negeri-negeri lain yang terjejas banjir, kerajaan akan menyalurkan peruntukan berdasarkan kerosakan yang berlaku.

PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN & KAEDAH MYSTEP

Kerajaan juga bakal membuat pengagihan Bakul Makanan kepada mangsa banjir oleh Ahli Parlimen bagi Kawasan yang terjejas.

Kadar pengagihan Bakul Makanan kepada mangsa banjir yang dicadangkan adalah sebanyak:

  • RM100 bagi setiap isi rumah dan bilangan isirumah yang terjejas banjir berdasarkan statistik NADMA.

Pengagihan Bakul Makanan RM100 & Kaedah mySTEP Bantu Mangsa Banjir di Pahang, Selangor

PENGGUNAAN KAEDAH MYSTEP

Selain daripada pengagihan Bakul Makanan, kerajaan juga bakal menggunaakan:

  • Penggunaan kaedah mySTEP bagi mendapat tenaga kerja untuk bekerjasama dengan NGO dan sukarelawan bagi membantu dalam kerja pembersihan rumah-rumah mangsa.

Kerja pembersihan rumah bagi pasca banjir pula, GLC dan GLIC akan diminta untuk menggerakkan program bantu keluarga yang terkesan seperti kerja pembersihan dan sebagainya.

Pengagihan Bakul Makanan RM100 & Kaedah mySTEP Bantu Mangsa Banjir di Pahang, Selangor

Malahan, Perdana Menteri juga mengarahkan Kementerian Multimedia dan Komunikasi untuk mempercepatkan pemulihan telekomunikasi di kawasan terjejas.

Ini membolehkan ahli keluarga ketahui status ibu bapa, sanak saudara melalui video call dan sebagainya selain daripada penyambungan kemudahan utiliti seperti air dan elektrik dengan segera.

Pengagihan Bakul Makanan RM100 & Kaedah mySTEP Bantu Mangsa Banjir di Pahang, Selangor

Berikut adalah bantuan-bantuan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat di negeri Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur:

Semoga segala urusan mangsa banjir dipermudahkan dan kita sama-sama membantu apa yang termampu agar masalah yang dihadapi mangsa menjadi lebih ringan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.