Syarat Mohon Kerja Menggunakan Sijil PT3/PMR/SRP Di Portal SPA9. Semak Sini Untuk Rujukan

Kebanyakan pencari kerja terkeliru dan tidak faham dengan syarat-syarat kelayakan permohonan bagi sesuatu jawatan terutamanya permohonan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meletakkan syarat-syarat tertentu mengikut kelayakan pendidikan bermula dari Sijil PT3/PMR/SRP sehingga sijil yang tertinggi iaitu PHD.

Terkini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menghebahkan beberapa panduan kepada calon yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam menggunakan Sijil PT3/PMR/SRP.

SYARAT UTAMA MOHON JAWATAN PERKHIDMATAN AWAM GUNA SIJIL PT3/PMR/SRP

Syarat utama yang harus ada pada setiap calon yang ingin memohon jawatan dalam perkhidmatan awam menggunakan Sijil PT3/PMR/SRP dilihat pada 2 subjek utama iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • 3 subjek lain

KELAYAKAN AKADEMIK PT3/PMR/SRP BAGI PELANTIKAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Rujuk poster hebahan dibawah untuk panduan dan rujukan anda:

Syarat Utama Calon Minta Kerja Menggunakan Sijil PT3/PMR/SRP. Semak Sini Untuk Rujukan

DAFTAR SPA9

Belum mendaftar dengan SPA9 untuk permohonan kerja?

Cara daftarnya sangat mudah!

  • Klik pada PENDAFTARAN PENGGUNA
  • Ikuti langkah demi langkah
  • Keluar dan LOG MASUK SEMULA
  • Cari kerja yang sesuai dengan anda dan hantar permohonan

Syarat Utama Calon Minta Kerja Menggunakan Sijil PT3/PMR/SRP. Semak Sini Untuk Rujukan

  • Untuk tutorial yang lebih lanjut, klik sini.

Jangan lupa untuk rajin membaca segala maklumat mengenai syarat kelayakan apa-apa jawatan yang anda mohon dan semua maklumat tersebut ada pada laman web SPA.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.