3 Bulan Sebelum Tamat Belajar Dah Dapat Kerja! Buat Je Benda Ni

Tak lama lagi dah nak konvo! Tapi itulah, risau pula kalau lepas bergraduasi tak dapat kerja dalam tempoh masa yang terdekat.

Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh mahasiswa agar mendapat pekerjaan dalam masa yang cepat agar tidak menjadi penganggur dalam tempoh masa yang lama?

Selain daripada mendaftar diri di laman web MyFutureJobs, SPA9, dan SPP, apa yang perlu dilakukan oleh mahasiswa ini?

TIPS DAPAT KERJA 3 BULAN SEBELUM KONVO

Paling ditakuti oleh bakal graduan, menjadi penganggur dalam tempoh masa yang lama!

Kalau anda rasa takut untuk menjadi penganggur selepas konvo, apa yang anda perlu lakukan ialah, membuat beberapa persediaan dari awal sebelum anda bergraduasi.

Apakah tips-tips yang boleh diikuti oleh para mahasiswa ini?

1. Resume

  • Hasilkan resume yang menarik tentang diri anda.
  • Jangan buat resume yang tangkap muat semata-mata tak nak jadi penganggur selepas konvo.
  • Jadikan resume anda sebagai resume yang bernilai di mata bakal majikan ya!
  • Tak perlu berwarna warni dan terlebih kreatif sehinggakan ATS tak dapat nak baca resume anda. Biarlah resume anda tak berwarna-warni asalkan ATS Friendly dengan resume anda. Mudah nak dapat kerja!

2. Pelbagaikan Permohonan

  • Nak kerja yang berkaitan dengan kos yang diambil sahaja! Tak nak ke cuba bidang yang lain tetapi agak berkaitan dengan apa yang anda belajar?
  • Nak kerja kerajaan sahaja dan tak nak kerja swasta. Ini juga masalah kepada para graduan kerana terlalu memilih sehinggakan menunggu sahaja kekosongan jawatan dari SPA.
  • Anda digalakkan untuk menghantar resume dan permohonan kerja dengan pelbagai syarikat tak kira swasta atau kerajaan.
  • Mohon juga kerja sambilan untuk mengutip pengalaman. Sekurang-kurangnya, boleh letakkan pengalaman anda pada resume walaupun sekadar sebagai pekerja sambilan dan sebagainya.
  • Ingat, kerja swasta menawarkan gaji yang tinggi tau! Kalau dah makin pandai buat kerja, makin banyak gaji di offer! Pssstt: Bonus 2 bulan gaji tau!

3. Jaga Hubungan/Networking

  • Masa mana tu nak bina hubungan? Anda mesti akan lalui praktikal atau latihan industri kan?
  • Jadi, masa inilah anda ambil kesempatan untuk menjaga dan menjalin hubungan yang baik dengan majikan, penyelia, pengurus, rakan sekerja yang lain-lain.
  • Kutip pengalaman yang ada dan sentiasa keep intouch dengan mereka. Mana tahu nanti ada kekosongan jawatan di syarikat tersebut, nama anda akan naik untuk di offer bekerja bersama mereka semula!

4. Platform Pekerjaan

  • Cari pelbagai jenis pekerjaan di platform pekerjaan yang sedia ada di Malaysia.
  • Hantar sahaja resume anda yang terkini dalam platform-platform yang sedia ada.
  • Antara platfrom yang tersedia ialah, MyFutureJobs, Jobstreet, LinkIn, WOBB, JobsMalaysia, SkootJobs, Mudah Jobs, indeed dan sebagainya.

Ingat, buat persediaan dengan lebih awal ya! Nak kerja kilang pun kena siapkan resume dengan baik. Apa yang penting, timba pengalaman serta bina kemahiran agar anda menjadi calon yang dicari majikan.

Kalau nak buat resume dalam Bahasa Inggeris pula, guna 5 website ini untuk check grammer anda.

3 Bulan Sebelum Tamat Belajar Dah Dapat Kerja! Buat Je Benda Ni

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.