Kek Viral 3 Bahan Sahaja?
Isi Kandungan
Betul. Hanya dengan menggunakan 3 bahan sahaja, anda bakal menikmati kek yang sedap ini tanpa perlu bersusah payah membakar di dalam oven.
Waktu yang genting ini kita perlu berjimat cermat dengan menggunakan bahan-bahan yang sememangnya tersedia di rumah.
Bahan-bahan Untuk Kek
- 2 cawan Milo
- 4 biji telur ayam
- 2 sudu besar susu pekat
Cara-cara Membuat
- Semua bahan diblender
- Setelah siap,masukkan ke dalam pengukus dan kukus selama 1 jam.
- Tutup pengukus dengan penutup kaca supaya air tidak menitik ke atas adunan (mengelakkan kek tidak naik dan bantat)
- Cukup 1 jam, keluarkan dan kek siap untuk di makan.
Kek dah siap.
Selamat mencuba.
Sumber : Noriza Awang Hamat