KISS atau Kasih Ibu Smart Selangor merupakan satu lagi program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40) kurang RM2,000 sebulan.
Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan RM200 sebulan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Melalui program ini, lebih 30,000 ibu mendapat manfaat dengan membeli barang keperluan asas menggunakan Kad KISS tanpa perlu membayar tunai (cashless).
Untuk ibu yang sedang mengandung, anda juga boleh memohon insentif ASNB sebanyak RM200 melalui skim ADAM50.
Pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor
Isi Kandungan
Anda boleh membuat pendaftaran secara manual atau secara online.
1. Pendaftaran Secara Manual
Borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman web http://www.kiss.com.my/ atau boleh diambil di:
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung
- Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
- Pusat Wanita Berdaya
Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.
2. Pendaftaran Secara Online
Baca juga: Rumah Selangorku: Pendaftaran, Permohonan & Semakan Status Online
Syarat kelayakan permohonan program Kasih Ibu Smart Selangor adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan
Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan
Antara barangan keperluan asas yang diluluskan untuk program KISS ialah:
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun, kelangkapan mandian dan bahan pencuci
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya
Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.
Untuk dapatkan panduan harga, anda boleh download di sini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan program ini, sila hubungi Selangor Care di talian 03-5525 6600
Baca juga: Skim Smart Sewa Selangor: Sewa 5 Tahun, Sambil Kumpul 30% Modal Beli Rumah Pertama
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.