Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Skim i-Lestari, Skim i-Agro & Skim i-Bermusim, 3 Skim Hijrah Selangor

735

Untuk merancakkan semula perniagaan di negeri Selangor, Kerajaan di negeri Selangor telah memperkenalkan 3 skim pembiayaan yang baharu.

Apakah 3 skim pembiayaan baharu yang diperkenalkan Kerajaan negeri Selangor untuk membantu usahawan dan peniaga ini?

Anda juga boleh membuat permohonan 3 skim pembiayaan ini seperti yang dikongsikan disini. Lebih mudah dan cepat malah ada pelbagai penambahbaikan.

3 SKIM PEMBIAYAAN HIJRAH SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor juga telah memperkenalkan 3 Skim Pembiayaan Hijrah Selangor iaitu:

  • Skim i-Lestari
  • Skim i-Agro
  • Skim i-Bermusim

3 skim pembiayaan ini merupakan produk terbaru pinjaman Hijrah Selangor yang meneliti perkembangan semasa. Huruf i dihadapan bermasuk Islamik iaitu objektif Hijrah Selangor yang menepati kehendak syariah.

Ia juga diperkenalkan bagi membantu usahawan memulih dan memulakan semula perniagaan terjejas susulan Covid-19.

Cara Mohon Skim i-Lestari, Skim i-Agro & Skim i-Bermusim, 3 Skim Hijrah Selangor

Baca juga: [i-Invest KWSP], Pencarum Boleh Beli Sehingga 8 Dana Unit Amanah & Ini Caranya

CIRI-CIRI SKIM i-LESTARI, i-AGRO & i-BERMUSIM

Apakah ciri-ciri Skim i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim serta perbezaan antara ketiga-tiga skim pembiayaan ini?

Skim i-Lestari

  • Menawarkan modal tambahan lebih tinggi sebanyak RM51,000 hingga RM100,000.
  • Usahawan sedia ada yang mahu mengembangkan lagi perniagaan.

Skim i-Agro

  • Usahawan sektor pertanian (penyediaan hab bekalan makanan).
  • Penternakan dan akuakultur.
  • Modal tambahan bermula RM1,000 hingga RM50,000.

Skim i-Bermusim

  • Modal pusingan untuk perniagaan bermusim seperti bazar ramadan, bazar perayaan dan gerai buah-buahan bermusim.
  • Bantu memulih dan mengembangkan cabang perniagaan sampingan sedia ada dalam tempoh singkat.

CARA MEMOHON PEMBIAYAAN SKIM i-LESTARI, i-AGRO & i-BERMUSIM

Usahawan dan peniaga yang berminat untuk memohon salah satu daripada 3 skim pembiayaan ini boleh membuat permohonan secara online seperti berikut:

Cara Mohon Skim i-Lestari, Skim i-Agro & Skim i-Bermusim, 3 Skim Hijrah Selangor

  • Pilih menu dropdown: Permohonan Online/Semakan Baki

Cara Mohon Skim i-Lestari, Skim i-Agro & Skim i-Bermusim, 3 Skim Hijrah Selangor

  • Anda akan dibawa ke paparan seterusnya
  • Bagi pengguna kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan Create an Account.

Cara Mohon Skim i-Lestari, Skim i-Agro & Skim i-Bermusim, 3 Skim Hijrah Selangor

Baca juga: Kasih Ibu Smart Selangor: Bantuan RM200 Sebulan Untuk Para Ibu

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Skim i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...