Menjadi bualan rakyat Malaysia yang bercita-cita ingin membuat pengeluaran KWSP tetapi cita-cita tersebut musnah setelah KWSP memberikan perincian untuk mengeluarkan wang dari Akaun 1 adalah tertakluk kepada 2 jenis kategori yang dinyatakan iaitu :
KATEGORI 1
Isi Kandungan
Kategori 1 ini ialah :
- Mereka yang bekerja di sektor formal
- Bekerja sendiri
- Bekerja di dalam sektor ekonomi gig
- Sudah lama tidak mencarum
- Hilang pekerjaan
- Suri rumah atau
- Diberi notis cuti tanpa gaji
KATEGORI 2
Kategori 2 pula ialah:
- Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.
- Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
PENJELASAN CEO KWSP MENGENAI I-SINAR
Seperti yang disoal oleh moderator Astro Awani, CEO KWSP menyatakan bahawa kategori permohonan i-Sinar yang diperincikan hanyalah KRITERIA sahaja dan bukan syarat untuk membuat pengeluaran.
Jadi, sesiapa sahaja boleh memohon pengeluaran i-Sinar seperti yang dinyatakan oleh CEO KWSP ini. Beliau juga menyatakan bahawa:
- Ahli yang tidak memiliki dokumen sokongan untuk memohon i-Sinar, KWSP terbuka untuk mengadakan perbincangan & meneliti situasi pemohon berkenaan.
- Namun proses permohonan agak lambat sedikit kerana tiada dokumen sokongan yang menyatakan permasalahan yang dihadapi oleh pemohon.
- Pemohon yang tidak mencarum selama 2 bulan berturut pada masa buat permohonan secara automatik boleh mendapat kelulusan dan berada dalam kriteria kategori 1.
TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR
Permohonan pengeluaran i-Sinar secara online boleh dilakukan pada:
- Kategori 1 : 21 Disember 2020
- Kategori 2 : 11 Januari 2021
Dapatkan perincian permohonan mengikut kategori serta dokumen yang diperlukan dipautan berikut:
- Perincian iSinar KWSP : 2 Kategori Ahli Yang Layak Memohon
PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR SECARA ONLINE
Konsep pengeluaran RM10,000 i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:
- Pengeluaran duit EPF bukan secara one-off sebanyak RM10,000.
- Tunjukkan bukti pendapatan terjejas untuk layak mohon i-Sinar.
- Mengemaskini i-Akaun KWSP bagi memudahkan proses permohonan i-SINAR.
- Permohonan i-Sinar digalakkan dilakukan secara atas talian.
- Jika ahli mempunyai baki akaun 1 KWSP yang kurang daripada RM10,000,anda juga layak.
- Ahli yang telah lama tidak mencarum juga layak.
Anda boleh mohon melalui i-Akaun dan portal i-Sinar secara online dan pastikan anda sudah mendaftar i-Akaun terlebih dahulu dan dapatkan cara-cara permohonan disini.
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.