Cara Daftar Prasekolah JAIS Sesi 2022 Secara Online

Ibu bapa yang menetap di negeri Selangor boleh membuat pendaftaran prasekolah anak-anak secara online sahaja bermula 2 Mei 2021 nanti.

Anda hanya perlu membuat pendaftaran melalui Aplikasi Permohonan Pendaftaram Prasekolah JAIS yang telah dibangunkan dengan tujuan memudahkan urursan ibu bapa mendaftar prasekolah anak-anak.

Selain tiu, anda juga boleh mendaftar anak-anak prasekolah ke Prasekolah KPM atau ke Tabika KEMAS juga secara online kerana ia menjimatkan masa dan memudahkan anda.

INFO RINGKAS PRASEKOLAH JAIS

Pra Sekolah JAIS merupaka sebuah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang didirikan untuk pelajar yang berusia 4 hingga 6 tahun.

Yuran yang dikenakan juga amat berpatutan dan merangkumi pelbagi aspek iaitu seperti makan dan minum, buku, dan pengajaran yang diberikan.

TARIKH PERMOHONAN PENDAFTARAN PRASEKOLAH JAIS

Tarikh permohonan pendaftaran prasekolah JAIS akan dibuka pada:

  • 2 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021

SYARAT PERMOHONAN PRASEKOLAH JAIS

Syarat permohonan prasekolah JAIS terbahagi kepada 2 iaitu:

PEMOHON (IBU BAPA/PENJAGA)

  • Permohonan boleh dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga kanak-kanak.
  • Ibu/bapa/penjaga kanak-kanak haruslah mendaftar sebagai pengguna di Aplikasi Permohonan Prasekolah JAIS (https://sekolah.jais.gov.my/prasekolah) atau di Portal MyGovernment (https://www.malaysia.gov.my).
  • Permohonan hanya boleh dilakukan 1 KALI SAHAJA.
  • Ibu/bapa/penjaga haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA.
  • Permohonan HARUSLAH DICETAK dan DIHANTAR ke sekolah pilihan berserta dokumen-dokumen sokongan lain bagi tujuan semakan. Borang permohonan TIDAK AKAN diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar ke sekolah yang dipohon.

KANAK-KANAK

  • Profil kanak-kanak haruslah didaftarkan di Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna Portal MyGovernment (www.malaysia.gov.my/portalprotected/familyprofile) terlebih dahulu sebelum permohonan boleh dilakukan.
  • Kanak-kanak haruslah berstatus WARGANEGARA MALAYSIA serta berumur 4 hingga 5 tahun pada tahun permohonan.

CARA MOHON PENDAFTARAN PRASEKOLAH JAIS SESI 2022

Untuk membuat permohonan pendaftaran prasekolah JAIS, anda hanya perlu:

DAFTAR PENGGUNA

Cara Daftar Prasekolah JAIS Sesi 2022 Secara Online

  • Klik DAFTAR, isikan maklumat yang diperlukan dan klik HANTAR.
  • Buka emel dan klik link yang dihantar untuk pengesahan.
  • Seterusnya cipta KATA LALUAN, sahkan dan taip semula huruf CAPTCHA untuk aktifkan akaun anda.

Cara Daftar Prasekolah JAIS Sesi 2022 Secara Online

  • Klik HANTAR dan log masuk semula menggunakan ID dan KATA LALUAN yang telah didaftarkan.

MOHON DAFTAR PRASEKOLAH JAIS

Cara Daftar Prasekolah JAIS Sesi 2022 Secara Online

  • Buat permohonan pendaftaran dengan klik BORANG PERMOHONAN dan pilih MYKID.
  • MAsukkan maklumat anak yang akan didaftarkan ke dalam SENARAI PROFIL KELUARGA dan klik SIMPAN.
  • Kembali semula ke halaman utama dan klik BORANG PERMOHONAN serta memilih nama anak yang ingin dipohon berdasarkan senarai dropdown.
  • Klik HANTAR dan klik MULAKAN PERMOHONAN.
  • Masukkan maklumat anak anda dengan lengkap dan klik CETAK.
  • Simpan borang yang siap dicetak untuk dihantar ke sekolah untuk tujuan pengesahan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
Nota: Senarai No Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada borang permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.

DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN PRASEKOLAH JAIS

Hantar bersama borang permohonan dengan dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:

  • Borang Permohonan ke Prasekolah JAIS yang dimohon
  • 2 keping gambar berukuran pasport
  • 1 salinan MyKid dan Sijil Kelahiran Anak
  • 1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika ada)
  • 1 salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga
PERINGATAN: Borang permohonan TIDAK AKAN diproses sekiranya dokumen-dokumen ini tidak dihantar ke sekolah yang dipohon.

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN

Anda juga boleh membuat semakan status permohonan secara online sahaja iaitu:

Cara Daftar Prasekolah JAIS Sesi 2022 Secara Online

SENARAI PRASEKOLAH JAIS

Cara Daftar Prasekolah JAIS Sesi 2022 Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pendaftaran prasekolah JAIS, sila hubungi JAIS di saluran berikut:

  • Telefon: 03-5514 3400 samb. 2037/2050 (Kaunter)
  • Faks: 03-5512 3035/5510 5053
  • E-mel: [email protected]
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.