Jadual Tarikh Pembayaran BPR 2021 Fasa 1 Untuk Semua Kategori & Sabah Sarawak
Bermula pada Isnin lalu, terdapat segelintir penerima BPR 2021 telah menyatakan bahawa wang BPR 2021 telah masuk ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) masing-masing.
Rujuk: Update: Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Telah Masuk Minggu Ini
Malahan ada yang membuat semakan status dan mendapati ianya adalah benar. Selain daripada itu, penerima wang iLestari dan iSinar juga akan menerima pembayaran bagi bulan Mac pada bulan Februari dan awal Mac untuk memudahkan proses iSinar Kategori 2 yang diluluskan tanpa syarat.
KADAR BAYARAN FASA PERTAMA BPR 2021
Isi Kandungan
Kadar bayaran Fasa Pertama BPR 2021 yang akan diterima adalah seperti berikut:
KATEGORI ISI RUMAH | RM300 |
KATEGORI BUJANG
KATEGORI OKU |
RM150 |
JADUAL TARIKH MENGIKUT KATEGORI & SABAH SARAWAK
Berikut adalah jadual tarikh penerima BPR 2021 mengikut kategori dan Sabah Sarawak:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN | KAEDAH PEMBAYARAN |
Isi rumah dan bujang | 24 Februari 2021 | Kredit terus ke akaun bank |
Penerima tidak mempunyai akaun bank | 25 Februari 2021 | Melalui cawangan bank Simpanan Nasional (BSN) |
Penerima di Sabah Sarawak tanpa akaun bank | 1 Mac hingga 1 April 2021 | Lokasi akan diumumkan sekali dengan pembayaran BPN 2.0 |
KENYATAAN MEDIA JADUAL PEMBAYARAN BPR 2021
Baca juga: Tarikh Akhir Daftar & Kemas Kini BPR 2021, 25 Februari Ini. Sila Alert!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) di saluran berikut:
- Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
- Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.