Jabatan Pendaftaran Negara telah membuka permohonan gantian MyKad melalui perkhidmatan talian telefon atau MyPhone-In kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan ini dengan segera.
Sebelum ini juga, Jabatan Pendaftaran Negara telah menyatakan bahawa terdapat beberapa urusan yang berkaitan akan dilakukan secara online seperti:
- Daftar nikah (untuk orang bukan Islam)
- Permohonan MyKad untuk kanak-kanak berusia 12 tahun
- Permohonan sijil lahir / Pengambilan sijil kelahiran
- Pendaftaran kematian (Bakal dibangunkan)
Rujuk: Mudah Sangat Daftar Nikah, MyKad & Sijil Lahir Online. Bakal Dilaksanakan Secara Online
SYARAT PEMOHONAN GANTIAN MYKAD MELALUI MYPHONE-IN
Isi Kandungan
Sebelum anda membuat permohonan gantian MyKad melalui talian telefon atau MyPhone-In, semak dahulu syarat permohonan seperti berikut:
- Pemohon adalah warganegara Malaysia sahaja.
- Permohonan untuk gantian MyKad biasa atau cip/kad rosak.
- Bayaran permohonan sebanyak RM10 semasa anda mengambil kad yang telah siap.
- Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja.
- Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat Negeri sahaja.
- Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar tidak dibenarkan.
- Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN GANTIAN MYKAD MELALUI PERKHIDMATAN TALIAN TELEFON MYPHONE-IN
Untuk membuat permohonan gantian MyKad melalui MyPhone-In, anda hanya perlu:
- Buat panggilan ke nombor berikut: 03-8880 8066
- Seterusnya nyatakan perkhidmatan yang anda inginkan
- Ikuti arahan operator yang bertugas.
- Permohonan anda selesai.
WAKTU OPERASI MYPHONE-IN
Waktu operasi bagi perkhidmatan gantian MyKad melalui MyPhone-In ialah:
- 8 pagi hingga 5 petang (Isnin – Jumaat)
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara ganti MyKad rosak dan berkaitan perkhidmatan MyPhone-In, sila hubungi:
- Telefon: 03-8000 8000
- Laman web rasmi: https://www.jpn.gov.my/my
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.