Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Sebagai umat Islam, bulan Ramadan adalah bulan yang paling ditunggu kerana terdapat berjuta kelebihan serta keberkatan dalam melakukan ibadah walaupun sekecil-kecil ibadah.
Bagi rakyat negeri Perlis, pelbagai program akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tujuan mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini.
Selain itu, rakyat negeri Perlis yang ingin memuat turun jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh Negeri Perlis, boleh mendapatkannya disini sahaja.
Baca juga: Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Kedah Mengikut Zon Tahun 2021/1442H
JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK SELURUH NEGERI PERLIS
Isi Kandungan
Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imasak bagi seluruh negeri Perlis bagi Tahun 2021/1442H:
NOTA PENTING:
SOLAT TARAWIH DI NEGERI PERLIS
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membenarkan solat tarawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada satu kenyataan bertitah pelaksanaan semua aktiviti tersebut berkuat kuasa 1 Ramadan di masjid dan surau.
Menurut baginda aktiviti itu perlu dilakukan mengikut SOP kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.
“Bagi mengelakkan berlaku limpahan kehadiran jemaah, solat tarawih boleh dilakukan dalam dua sesi.”
Antara SOP yang perlu dipatuhi sepanjang aktiviti dijalankan pada bulan Ramadan kali ini ialah:
- Merekod bacaan suhu
- Pemakaian pelitup muka
- Penggunaan aplikasi MySejahtera
- Rekod kehadiran secara manual
- Penggunaan sejadah sendiri (untuk solat tarawih)
KELEBIHAN BULAN RAMADAN
Antara kelebihan bulan Ramadan yang perlu kita semua rebut adalah:
- Pahala amal perbuatan akan digandakan iaitu seluruh amalan dan ibadah yang dikerjakan sepanjang bulan Ramadan.
- Dibukanya pintu kebaikan seperti yang diriwayatkan hadis Bukhari dan Muslim.
- Bulan Ramadan adalah bulan pengampunan dosa dan pastinya Allah membuka pintu taubat dan keampunan dengan seluas-luasnya.
- Malam Lailatul Qadar yang mana malamnya adalah lebih baik dari 1000 bulan dan merupakan malam yang mulia.
- Merupakan bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia.
Baca juga: Bacaan Niat Dan Lafaz Niat Puasa Harian Dan Sebulan Di Bulan Ramadhan
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.