Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bina Kerjaya Anda Di Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia SLDN, Mohon Sekarang! Elaun Sehingga RM1,200

1,798

Anak-anak asnaf di Negeri Terengganu di pelawa untuk mengikuti Program Perantis Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Akademi Vokasional McDonald Malaysia.

Malahan, anda semua akan ditawarkan pekerjaan setelah menamatkan latihan setelah mengikuti Program Perantis Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) ini.

Baca syarat kelayakan yang ditetapkan dan nikmati kemduahan serta faedah yang disediakan kepada anda.

AKADEMI VOKASIONAL MCDONALD’S MALAYSIA, SLDN

Program Perantis Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Akademi Vokasional McDonald Malaysia kali ini disediakan khas untuk asnaf Terengganu yang ingin membina kerjaya kemahiran tinggi dalam bidang F&B dan ia adalah dengan kerjasama McDonald’s Malaysia dengan MAIDAM dan Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Perantis bukan saja berpeluang mendapat latihan, pembelajaran dan pembangun bertaraf dunia sambil bekerja, malah McDonald’s juga mempersiapkan warga kerjanya dengan kemahiran industri yang boleh diguna pakai dalam pelbagai sistem termasuklah bimbingan ketika bekerja, latihan di dalam kelas dan pembelajaran kendiri.

SYARAT KELAYAKAN

Sebelum mohon, dapatkan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Akademi Vokasional McDonald’s dahulu seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 hingga 27 tahun
  • Boleh membaca, menulis, mengira dan memahami
  • Minat bekerja dalam industri pemakanan
  • Boleh bekerjasama dalam kumpulan
  • Bersemangat tinggi dan mempunyai sifat ingin belajar

KEMUDAHAN & FAEDAH

Para perantis juga bakal menerima kemudahan dan faedah seperti berikut:

  • Mendapat elaun sara hidup setiap bulan sebanyak RM1,200
  • Makan dan minum disediakan
  • Mendapat faedah perubatan
  • Perlindungan insurans disediakan
  • Asrama yang selesa juga disediakan kepada perintis

CARA MOHON

Buat permohonan dengan memuat turun borang permohonan berikut:

  • BORANG PERMOHONAN
  • Borang berserta kesemua dokumen dibuat kepada bentuk softcopy PDF didalam satu folder dan perlu compress ke Zip File yang dinamakan dengan nombor kad pengenalan pemohon.
  • Kemudian, permohonan ini perlu di hantar ke alamat email : [email protected]

Bina Kerjaya Anda Di Akademi Vokasional McDonald's Malaysia SLDN, Mohon Sekarang! Elaun Sehingga RM1,200

DOKUMEN SOKONGAN

Jangan lupa sertakan bersama dokumen ini ketika menghantar borang permohonan anda.

Dokumen-dokumen tersebut ialah:

  • Salinan IC pemohon, ibu bapa dan adik beradik dalam tanggungan
  • Salinan slip gaji atau akaun pendapatan ibu bapa
  • Surat akaun pemaustatin bagi kelahiran luar negeri Terengganu
  • Salinan sijil-sijil akademik (PT3/SPM/STAM dan setaraf)
  • Salinan nombor akaun bank yang aktif
  • Salinan Sijil Kematian/cerai (jika ada)

Bagi remaja lepasan sekolah yang ingin dapatan pekerjaan bolehmembuat pendaftaran di laman rasmi MyFuture Jobs seterusnya mohon Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dengan bayaran RM300 sekiranya dipanggil temuduga.

Bina Kerjaya Anda Di Akademi Vokasional McDonald's Malaysia SLDN, Mohon Sekarang! Elaun Sehingga RM1,200

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan boleh diajukan dengan menghubungi pejabat YPM di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...