Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Aplikasi Untuk Pengisian Sempena Bulan Ramadan. Muat Turun & Manfaatkannya Sepanjang Ramadan Ini

1,380

Mungkin anda berfikir apakah pengisian yang sesuai dan memberikan manfaat kepada anda sepanjang Ramadan tanpa mengira masa.

Jadi, sempena bulan Ramadan yang bermula hari ini, pengguna sebenarnya boleh memanfaatkan teknologi menerusi aplikasi tertentu bukan saja untuk rujukan waktu solat tetapi fungsi yang pelbagai.

Terdapat 3 aplikasi yang boleh membantu pengguna untuk memenuhi waktu Ramadan mereka dan ia sarat dengan pelbagai fungsi selain daripada petunjuk waktu solat.

Baca juga: Adakah Bermulanya Puasa Setelah Masuk Waktu Imsak? Ini Penjelasan Mufti

APLIKASI PERCUMA

Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma sahaja!

Aplikasi ini juga turut unik daripada aspek ciri khusus dan pastinya pengguna boleh memilih aplikasi yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pengisian harian anda.

3 APLIKASI PENGISIAN RAMADAN

3 aplikasi untuk pengisian Ramadan yang boleh anda muat turun dan manfaatkannya sepanjang Ramadan kali ini ialah:

1. SOLAT CHECKLIST

Solat Checklist ini mempunyai petunjuk waktu solat namun ciri tambahan yang diberikan adalah pengguna boleh memasukkan waktu solat yang sudah didirikan atau terlepas.

Contoh:

Pengguna tidak sempat untuk mendirikan solat Zohor dan boleh memasukkan input tidak mendirikan solat pada waktu berkenaan dan kemudian data berkenaan akan dimasukkan ke dalam pengurusan waktu qada’ solat.

Pengguna boleh melihat adakah solat sudah didirikan lima waktu sehari semalam atau terdapat waktu solat yang perlu qada’.

Ruangan pengurusan qada’ itu juga akan mempunyai butiran seperti:

  • Waktu solat yang tertinggal
  • Tarikh solat yang tertinggal

Pengguna juga boleh memasukkan data sendiri selepas menekan waktu solat, adakah sudah digantikan atau belum termasuk memasukkan input masa solat.

Hasil pengumpulan data berkenaan akan dijana setiap hari dan pengguna boleh melihat tempoh masa yang diperuntukkan untuk solat serta melakukan muhasabah diri.

Aplikasi ini juga dilengkapi dengan laporan bulanan prestasi solat pengguna dan ia akan dijana menerusi bentuk graf sekali gus memberi gambaran kepada pengguna mengenai mutu solat mereka sepanjang sebulan.

Aplikasi ini juga boleh digunakan di mana saja dan pengguna hanya perlu memasukkan:

  • Input negara
  • Daerah penempatan
  • Waktu solat mengikut waktu terkini

3 Aplikasi Untuk Pengisian Sempena Bulan Ramadan. Muat Turun & Manfaatkannya Sepanjang Ramadan Ini

Download: Android/iOS

2. RAUDHAH

Aplikasi paling interaktif ini mengandungi:

  • Keperluan untuk sola
  • Video tazkirah
  • Zon waktu solat pengguna
  • Kompas magnetik untuk mencari arah kiblat di sesuatu kawasan
  • Petunjuk restoran halal yang berada di sekeliling pengguna sekali gus memberi banyak pilihan untuk dikunjungi.
  • Pengira tasbih interaktif dan pengguna hanya perlu menekan skrin paparan dan ia akan mengeluarkan bunyi ‘klik’ menandakan tasbih yang dibaca sudah dikira. Pengguna juga boleh melihat jumlah zikir semasa dan memadamkan kiraan zikir dengan menekan pilihan padam di bahagian atas pemuka aplikasi.
  • Pelbagai pilihan doa yang boleh dibaca oleh pengguna serta 30 juzuk al-Quran bersama terjemahannya sekali gus menjadikan bulan Ramadan kali ini penuh dengan pengisian ibadah.

3 Aplikasi Untuk Pengisian Sempena Bulan Ramadan. Muat Turun & Manfaatkannya Sepanjang Ramadan Ini

Download: Android/iOS

3. WAKTU SOLAT MALAYSIA

Aplikasi ini adalah aplikasi yang paling popular di Malaysia kerana:

  • Dilengkapi dengan wirid serta zikir ringkas selepas solat selain daripada petunjuk waktu solat bersama arah kiblat.
  • Kaedah melakukan solat jamak, tahajjud, sujud sahwi, solat hajat, solat taubat dan beberapa solat sunat yang popular.
  • Mengandungi satu ruangan dikenali Nur untuk artikel agama berkaitan pelbagai disiplin ilmu termasuk kelebihan dalam sesuatu ibadah.
  • Petunjuk waktu solat untuk aplikasi ini juga akan berubah mengikut kedudukan terkini pengguna berdasarkan kepada data Sistem Kedudukan Global (GPS) peranti.

3 Aplikasi Untuk Pengisian Sempena Bulan Ramadan. Muat Turun & Manfaatkannya Sepanjang Ramadan Ini

Download: Android/iOS

Baca juga: Doa Berbuka Puasa Sendirian & Doa Berbuka Puasa Beramai-Ramai

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...