Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Adakah Bermulanya Puasa Setelah Masuk Waktu Imsak? Ini Penjelasan Mufti

1,132

Bilakah masuk waktu berpuasa yang tepat? Adakah ianya setelah masuk waktu imsak atau sebelum waktu subuh? Pastinya ia menjadi satu persoalan buat kita semua dan ianya agak mengelirukan.

Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan waktu mula berpuasa berdasarkan dalil serta nas yang sahih dan ianya akan dikupaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Mari dapatkan penjelasan waktu mula berpuasa seperti yang dikongsikan ini.

AKHIRKAN SAHUR

Apakah kaitan waktu mula berpuasa dengan mengakhirkan sahur anda?

Mengakhirkan di sini bermakna melewatkan proses bersahur tersebut. Seperti yang kita maklum, di Malaysia, masuknya waktu imsak adalah 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِۚ

Maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)

(Al-Baqarah: 187)

Terdapat beberapa hadis yang lain menceritakan tentang sifat sahur Nabi SAW serta arahan Baginda ketika bersahur, antaranya:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ بَيْنَ الأَذَانِ وَالسَّحُورِ؟  قَالَ: قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً.

Maksudnya: Kami telah bersahur  bersama Nabi SAW kemudian kami mendirikan solat (solat sunat). Aku telah berkata (iaitu Anas bin Malik RA bertanyakan kepada Zaid bin Thabit RA): “Berapakah kiranya (masa) di antara azan dan sahur itu?”. Jawab Zaid bin Thabit RA: “Sekadar bacaan 50 ayat (al-Quran)”.

Riwayat Al-Bukhari (1921) & Al-Tirmizi (703)

 Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan kadar bacaan 50 ayat tersebut adalah kadar bacaan sederhana. Tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu lambat. Begitu juga dengan kadar panjang ayat yang sederhana. Tidaklah ayat yang penjang, tidak juga ayat yang  terlalu pendek.

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam al-Majmu’ menyebutkan:

“Telah kami sebutkan sekiranya telah terbit fajar dan padanya (di dalam mulutnya) terdapat makanan, maka perlu dia mengeluarkan makanan tersebut dan kemudian sempurnakan puasanya. Sekiranya dia menelan apa yang ada di dalam mulutnya itu, setelah mengetahui terbitnya fajar al-sadiq, maka batallah puasanya.”

Dalam hadis yang lain pula iaitu hadis daripada Ibn ‘Umar dan ‘Aisyah R.A yang mana Rasulullah SAW bersabda seperti dalil berikut:

إِنَّ بِلاَلاً يُنَادِي بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam, maka makan dan minumlah sehingga azannya Ibn Umm Maktum”.

Riwayat al-Bukhari (620)

WAKTU MULA BERPUASA

Berdasarkan dalil dan nas di atas, waktu imsak bukan waktu bermulanya puasa dan anda boleh makan dan minum dalam tempoh tersebut.

Anda hanya perlu berhenti makan dengan serta merta sekiranya telah kedengaran azan subuh. Dan itulah waktunya bermula puasa anda.

Adakah Bermulanya Puasa Setelah Masuk Waktu Imsak? Ini Penjelasan Mufti

Waktu imsak yang selama 10 minit itu ada asasnya sebagai waktu untuk ihtiyat (berjaga-jaga) agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan yang mana boleh membatalkan puasa seseorang itu. 

Jadi, dicadangkan agar sahur itu diselesaikan sebelum masuknya waktu iaitu sebelum azan agar tidak timbul syubhah (keraguan).

Baca juga: Doa Berbuka Puasa Sendirian & Doa Berbuka Puasa Beramai-Ramai

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...