Cara Mohon Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 MAIWP. Klik Borang Disini & Mohon
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa para pelajar Tingkatan 6 Semester 1 Sekolah Dalam dan Luar Wilayah Persekutuan untuk membuat permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 MAIWP.
Permohonan ini mestilah dibuat oleh ibu bapa pelajar Tingkatan 6 secara online sebelum 15 Oktober 2021.
Anda juga boleh dapatkan cara untuk membuat permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 seperti yang dikongsikan ini.
TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN
Isi Kandungan
Untuk pengetahuan anda, permohonan untuk Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 telah dibuka mulai:
- 1 September 2021
Anda juga digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan pada:
- 15 Oktober 2021
Baca juga: RM2,000 One Off Bantuan Tunai Pendaftaran IPT BUDI Setiap Seorang. Semak Cara Mohon Disini
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN TINGKATAN 6 SEMESTER 1
Sebelum anda membuat permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1, sila baca syarat permohonan yang telah ditetapkan MAIWP seperti berikut:
- Warganegara Malaysia beragama Islam.
- Mendapat surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2021 dari Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan masih menetap.
- Kelulusan tertakluk kepada kiraan had kifayah yang ditetapkan.
- Tidak mendapat bantuan/biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan/swasta/yayasan dan lain-lain.
- Mendapat sokongan daripada Pengetua/Guru Besar/Guru Baitulmal di sekolah.
- Bersekolah disekolah bantuan penuh kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri
- Pelajar yang bersekolah di Luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mesti tinggal di asrama kecuali sekolah yang nersempadanan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (dipertimbangkan sekiranya tidak tinggal di asrama)
BORANG BANTUAN AM PERSEKOLAHAN TINGKATAN 6 SEMESTER 1
Untuk membuat permohonan, sila klik pautan untuk muat turun borang permohonan disini:
- Borang yang lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan boleh dihantar ke alamat berikut:
Unit Pembangunan Akademik (Bantuan Sekolah)
Aras 22, Bangunan PERKIM,
No. 150, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur - Atau buat serahan secara kaunter di alamat berikut:
Unit Pembangunan Akademik,
Aras 22, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur - Selain itu, anda juga boleh terus menghantar borang permohonan anda melalui emel berikut: [email protected]
Baca juga: Cara Mohon RM300 Bantuan One-Off Covid-19 Penjaja & Peniaga Kecil Majlis Bandaraya Ipoh
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Semester 1 sila hubungi pegawai bertugas di talian:
- 019-200 8458 (Kuala Lumpur)
- 011-5949 6216 (Putrajaya)
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.