Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Terengganu Bagi Tahun 2021/1442H

Walaupun Ramadan kali ini disambut agak meriah berbanding tahun lalu, orang ramai diingatkan agar tidak leka ketika menyambut Ramadan dan mengambil iktibar daripada penyebaran COVID-19 menerusi aktiviti sosial seperti mengunjungi rumah rakan dan saudara serta perjalanan rentas negeri atau menghadiri perhimpunan besar-besaran.

Malahan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan sesak, sempit dan sembang dalam jarak dekat memandangkan jumlah kes harian COVID-19 masih tidak stabil di beberapa negeri.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara mengumumkan kebenaran operasi bazar Ramadan pada tahun ini selain aktiviti di masjid dan surau termasuk solat tarawih dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Rujuk: Waktu Operasi Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK SELURUH NEGERI TERENGGANU MENGIKUT ZON

Berikut adalah jadual waktu berbuka dan imsak bagi negeri Terengganu mengikut zon:

ZON 1

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Terengganu Bagi Tahun 2021/1442H

ZON 2

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Terengganu Bagi Tahun 2021/1442H

ZON 3

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Terengganu Bagi Tahun 2021/1442H

ZON 4

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Terengganu Bagi Tahun 2021/1442H

Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

FADILAT BERBUKA PUASA DENGAN KURMA

Mengenai kurma sebagai buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada umatnya untuk memakannya ketika berbuka puasa.

Daripada Salman Ibnu Amir RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkat, kalau tiada, dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Daripada Anas RA berkata:

“Sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa rothab (kurma mekar yang dipetik dari pohonnya) sebelum bersolat (Maghrib). Kalau tidak ada rothab, maka dengan beberapa kurma matang (kering), kalau tidak ada, maka dengan beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Dalam hadis juga disebutkan keutamaan tamar atau kurma itu. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Rumah yang tidak memiliki kurma adalah rumah yang penghuninya sentiasa berasa lapar.” (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya tamar itu menghilangkan penyakit dan tidak ada penyakit di dalamnya kerana ia adalah tanaman dari syurga yang boleh dijadikan sebagai ubat.”

Sa’ad RA berkata:

“Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Siapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah (kurma Nabi), maka akan terhindar daripada racun dan sihir.” (Hadis riwayat Bukhari)
Satu kajian dilakukan untuk mengetahui kandungan kimia dan biologis dalam kurma. Kajian itu berkesimpulan bahawa, setiap bahagian kurma yang dimakan mengandungi kandungan zat gula 70-75 peratus, 2-3 peratus protein, 5-8 peratus serat dan sedikit kandungan lemak. Selain itu, dalam penelitian perubatan juga didapati bahawa kurma mengandungi 65-70 peratus air jernih, 24-58 peratus zat gula, 2-2.1 peratus protein, 5.2 peratus serat dan sangat sedikit kandungan lemak.
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.