Tahu Tak, Resume Heading Beri Impak Besar Pada Calon? 2 Tips Jadikan Resume Anda Bernilai!

Resume heading sangat penting kerana ia menunjukkan secara ringkas siapakah anda dimata HR atau penemuduga secara ringkas.

Tetapi, adakah anda tahu bahawa resume heading memberikan impak yang besar pada calon?

Kalau boleh, hasilkan resume heading yang sangat bernilai dimata HR dan bakal majikan sehingga anda tercalon untuk menjawat jawatan yang dipohon.

APA ITU RESUME HEADING?

Mungkin ramai tidak tahu apakah itu resume heading atau headline kan?

Resume heading ialah:

  • Merupakan satu pernyataan pada muka surat pertama resume yang menggambarkan tentang diri anda secara ringkas dan padat.
  • Info yang diberikan juga adalah mestilah benar dan tidak mempunyai unsur penipuan.
  • Mestilah menarik perhatian orang yang membacanya.

Baca juga: 3 Cara Terbaik Jual Diri Semasa Interview Sampai Majikan Panggil Anda Masuk Bekerja Lebih Awal

2 TIPS HASILKAN RESUME HEADING BERIMPAK BESAR

Terdapat 2 perkara yang perlu dititikberatkan dalam menghasilkan resume heading yang berimpak besar.

Ini adalah berkaitan dengan pandangan pertama HR atau bakal majikan apabila pertama kali membaca resume anda.

Perkara tersebut ialah:

1. Gambar 

  • Tanyakan pada diri anda, sekiranya anda adalah majikan, calon pekerja yang bagaimanakah anda inginkan? Sudah pastinya anda inginkan calon yang menunjukkan wajah yang sentiasa senyum, nampak friendly dan profesional kan? Ini menunjukkan anda seorang yang mudah diminta pertolongan, boleh ditegur, boleh bekerja dengan profesional dan mesra ketika melakukan sebarang tugasan diberikan.
  • Pastikan gambar yang anda letakkan pada resume menggunakan background berwarna putih dan tidak serabut. Ia menunjukkan anda lebih profesional walaupun berdasarkan gambar yang anda letakkan dalam resume.
  • Elakkan daripada meletakkan gambar wajah yang terlalu serius, gambar crop daripada kad pengenalan dan duduk dalam keadaan yang tidak menunjukkan wajah anda yang sebenar.

2. ANUGERAH & KEMAHIRAN

  • HR dan bakal majikan sangat suka untuk melihat apakah kemahiran dan anugerah yang diperolehi oleh setiap calon yang memohon pekerjaan dengan mereka.
  • Masukkan anugerah dan kemahiran yang ada pada anda tetapi tidak ada pada orang lain.
  • Seterusnya masukkan pencapaian yang telah anda perolehi untuk menarik perhatian majikan.

Dimana nak letak kedua-dua subjek yang penting ini dalam resume?

Pastikan anda letak pada muka surat pertama resume dan itulah resume heading yang diperlukan oleh majikan.

Jika resume anda masih lagi sama seperti dahulu, jangan lupa ubah atau update resume anda. Mungkin kerana kesilapan ini membuatkan anda tidak pernah dipanggil untuk temuduga.

Jangan lupa, update resume anda sekarang!

Baca juga: Boleh Atau Tak Letak CGPA Dalam Resume? Kalau Boleh Letak, Apakah Caranya?

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.