Calon SPM & STPM Bakal Dapat Vaksin Mulai Julai Ini & Lengkap 2 Dos Selepas 3 Minggu

Akhirnya cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dipersetujui oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dimana calon SPM dan STPM akan menerima vaksin bermula Julai 2021 ini.

Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 dijangka menerima dos pertama suntikan vaksin Pfizer-BioNTech bermula akhir Julai nanti.

Malah, suntikan akan dilakukan di sekolah masing-masing dan bergantung kes penularan semasa wabak COVID-19 dalam negara.

Baca juga: Individu Yang Lengkap 2 Dos Vaksin, Mungkin Kerajaan Beri Kelonggaran Untuk Rentas Negeri

SUNTIKAN VAKSIN CALON SPM & STPM DISAMBUT BAIK

Suntikan vaksin calon SPM dan STPM ini disambut baik oleh pelajar-pelajar sekolah yang akan menduduki peperiksaan ini.

Mereka mengakui tidak sabar untuk menerima suntikan berkenaan supaya mereka boleh kembali belajar secara bersemuka berbanding menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini.

Calon SPM & STPM Bakal Dapat Vaksin Mulai Julai Ini & Lengkap 2 Dos Selepas 3 Minggu

CADANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dilaporkan berkata cadangan kementerian itu agar murid yang menduduki peperiksaan awam diberi keutamaan untuk divaksinasi telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).

Ini berikutan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk golongan berusia 12 tahun ke atas.

LOKASI VAKSINASI CALON SPM & STPM

Proses suntikan berkenaan dijangka dilaksanakan di sekolah yang akan dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV).

Ia juga merupakan persediaan sebelum calon SPM dan STPM sebelum mereka kembali ke sekolah.

KEUTAMAAN VAKSIN

Keutamaan vaksin turut diberikan kepada kira-kira 350,000 pelajar dan 47,000 guru yang terbabit kelas peperiksaan itu.

Cadangan vaksinasi kepada pelajar kelas peperiksaan itu masuk akal kerana mereka boleh kembali ke sekolah secara berperingkat untuk persediaan menghadapi peperiksaan.

CITF akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk fokus kepada kelas peperiksaan terlebih dahulu termasuk guru, kakitangan sokongan dan pelajar terlibat.

Calon SPM & STPM Bakal Dapat Vaksin Mulai Julai Ini & Lengkap 2 Dos Selepas 3 Minggu

Baca juga: 18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.