Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Vaksinasi Remaja Secara Walk-In, Apa Yang Perlu Dibawa?

1,368

Vaksinasi Remaja secara walk in akan bermula pada 23 September 2021 seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Oleh itu, remaja yang berumur bawah 18 tahun serta remaja pelajar IPTA dan IPTS dipelawa untuk hadir ke PPV yang berdekatan untuk vaksinasi secara walk in.

Apa yang perlu dibawa untuk vaksinasi walk in di PPV bagi remaja ini? Semak disini sahaja.

JUMLAH PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) AWAM & INTEGRASI

Terdapat:

  • 156 PPV Awam dan Intergrasi telah dikenalpasti bagi menyediakan suntikan vaksin secara walk in kepada remaja telah dibuka

TARIKH VAKSINASI REMAJA SECARA WALK IN

Seperti yang dimaklumkan oleh Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, para remaja boleh hadir ke PPV secara walk in mulai:

  • 23 September 2021

Pelaksanaan kaedah walk-in berjadual akan dilakukan mengikut lokasi sekolah berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti dan akan dilaksanakan mengikut giliran serta tarikh dan masa yang ditetapkan.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

Apa yang perlu dibawa sekiranya hadir ke PPV untuk vaksinasi remaja nanti?

Pastikan:

  • Anda hadir bersama ibu atau bapa/penjaga (untuk tandatangan borang kebenaran vaksinasi)
  • Bawa bersama Kad Pengenalan anda
  • Telefon bimbit yang mendaftar MySejahtera (jika ada)
  • Pen untuk tadatangan CONSENT
Nota: Bagi pelajar yang sudah mendapatkan tarikh vaksinasi di sekolah, mereka perlu mengekalkan janji temu sedia ada di PPV sekolah yang ditetapkan dan tidak dibenarkan ke PPV Awam atai Integrasi.
Bagi mengelakkan kesesakan di PPV, hanya seorang ibu atau bapa atau penjaga sahaja dibenarkan menemani remaja untuk tujuan vaksinasi.

TIPS SEBELUM VAKSINASI REMAJA WALK IN PPV

Dr Noor Azmi juga memberikan beberapa tips sebelum hadir ke PPV untuk vaksinasi secara walk in iaitu:

  • Ibu bapa juga dinasihatkan supaya anak mereka mendapat rehat pada malam sebelumnya, bersarapan pagi dan mengambil air secukupnya sebelum ke PPV.
  • Ibu bapa juga perlu mengawasi remaja supaya tidak melakukan aktiviti lasak bagi tempoh tujuh hari selepas vaksin.

Jadual akan dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa. Kaedah ‘walk-in’ ini membabitkan semua kategori remaja, termasuk mereka yang tidak bersekolah.

Bagi remaja yang tidak bersekolah, mereka dibenarkan untuk datang ke mana-mana 156 PPV yang berdekatan dengan kediaman.

“Namun, jika kuota vaksin di PPV itu habis untuk hari berkenaan, mereka akan diberi janji temu di PPV yang sama keesokan hari atau di klinik kesihatan swasta berdekatan”

Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

4 KAEDAH VAKSINASI REMAJA

Juga terdapat 4 kaedah untuk vaksinasi remaja yang dijalankan diseluruh Malaysia iaitu:

  • Remaja yang akan menduduki peperiksaan utama dan bersekolah di sekolah asrama penuh atau asrama harian, janji temu dos pertama vaksin COVID-19 akan diberikan di klinik atau sekolah yang berhampiran tempat tinggal mereka, manakala vaksin dos kedua akan diberi di sekolah.
  • Remaja dengan komorbid perlu mendapatkan vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka.
  • Mereka yang gagal hadir semasa janji temu di sekolah, akan diberi janji temu di klinik kesihatan swasta yang berdekatan melalui aplikasi MySejahtera.
  • Remaja yang menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) atau swasta (IPTS) dan berusia bawah 18 tahun, mereka dibenarkan untuk ‘walk-in’ di semua PPV sedia ada dengan hanya menunjukkan pengenalan diri sebagai pelajar IPTA atau IPTS.

Baca juga: Cara Daftar Anak Anda Di Portal Vaksin Anakku Bagi Remaja Umur 12 Hingga 17 Tahun (PICK Remaja)

Cara Daftar Anak Anda Di Portal Vaksin Anakku Bagi Remaja Umur 12 Hingga 17 Tahun (PICK Remaja)

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...