Mohon Modal Perniagaan Melalui Ar Rahnu Biznita YaPEIM. Semak Syarat Permohonan Disini

Usahawan wanita mendapat pelbagai peruntukan semasa Bajet 2021 yang lalu dengan tujuan untuk memperkasakan wanita dalm bidang perniagaan atau keusahawanan. Salah satunya adalah melalui program pembiayaan Ar Rahnu Biznita Yayasan Pebangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM).

Secara tidak langsung, ia menjadi salah satu cara atau kaedah kepada usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan masing-masing seterusnya dapat menceburi bidang perniagaan yang baru.

Pakej yang disediakan dalam program Ar Rahnu Biznita YaPEIM ini ialah:

  • Bimbingan perniagaan
  • Jalinan rangkaian
  • Pensijilan halal

SYARAT DAN CARA MEMBUAT PERMOHONAN AR RAHNU BIZNITA YAPEIM

Antara syarat utama untuk permohonan Ar Rahnu Biznita YaPEIM ialah:

  • Untuk usahawan wanita sahaja
  • Mestilah mempunyai lesen syarikat / SSM yang sah dan masih aktif
Nota: Permohonan pembiayaan Ar Rahnu Biznita YaPEIM ini akan dibuka pada tahun 2021 nanti. Segala maklumat berkaitan cara permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KELEBIHAN PROGRAM AR RAHNU BIZNITA YAPEIM

Terdapat beberapa kelebihan Program Ar Rahnu Biznita YaPEIM ini. Antara kelebihannya ialah:

  • Meningkatkan aksesibiliti wanita kepada pembiayaan di bawah Program Mikro Kredit Ar Rahnu sebagai medium mendapatkan modal bagi tujuan perniagaan terutama yang tidak mempunyai akses kepada pinjaman di institusi kewangan dengan menjadikan emas sebagai aset mudah cair.
  • Proses permohonan modal perniagaan yang pantas, patuh syariah dan diyakini iaitu dalam masa 15 minit.
  • Margin pembiayaan sehingga 80% nilai emas.
  • Upah simpan serendah 0.03 sen sehari.
  • Menggalakkan wanita menyimpan emas sebagai pelaburan alternatif.
  • Menggalakkan keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan keluarga serta menyumbang dalam pembangunan sosioekonomi.

Mohon Modal Perniagaan Melalui Ar Rahnu Biznita YaPEIM. Semak Syarat Permohoan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Segala maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Program Ar Rahnu Biznita YaPEIM, sila layari:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.