Pelajar Dari Terengganu, Ini Cara Mohon Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM Untuk Anda!

Bagi pelajar dari negeri Terengganu yang ingin memohon Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara boleh berbuat demikian mulai sekarang.

MAIDAM telah membuka permohonan mulai sekarang dan anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum ditutup.

Semak syarat kelayakan dan terus buat permohonan anda sekiranya layak.

Baca juga: Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik Anak-Anak Veteran ATM Sehingga RM1,500 Seorang

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN AWAL PENGAJJIAN IPT DALAM & LUAR NEGARA

Berikut adalah syarat permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara MAIDAM:

  • Asnaf: Fisabilillah dan Miskin
  • Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  • Pelajar yang abru mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.
  • Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil/Pra Diploma/ Asasi/Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
  • Tempoh pengajian tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  • Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap 1 tahap pengajian.
  • Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri/tetap sama ada bergaji penuh atau sebahagian.
  • Permohonan perlu dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

KADAR BANTUAN AWAL PENGAJJIAN IPT DALAM & LUAR NEGARA MAIDAM

Kadar Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara adalah seperti berikut:

Pelajar Dari Terengganu, Ini Cara Mohon Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM Untuk Anda!

CARA MOHON BANTUAN AWAL PENGAJJIAN IPT DALAM & LUAR NEGARA MAIDAM

Permohonan adalah secara online seperti berikut:

Pelajar Dari Terengganu, Ini Cara Mohon Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM Untuk Anda!

  • Masukkan Nombor kad pengenalan anda dan Tarikh daftar pengajian dan klik Masuk.
  • Lengkapkan permohonan anda dan cetak borang permohonan yang telah diisi dan menghantar ke pejabat Yayasan Pendidikan Maidam atau Pejabat Maidam Daerah berdekatan beserta dengan dokumen yang telah disahkan.
  • Juga boleh di pos ke alamat berikut:

Yayasan Pendidikan MAIDAM
Lot 9 & 10, Tingkat 1,
Bazar MAIDAM,
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan berikut:

  • Salian surat tawaran belajar yang rasmi
  • Salinan Sijil SPM/Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan akaun bank pelajar yang jelas dan aktif selain Tabung Haji dan ASB.
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu bapa/penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  • Salinan slip haji/akuan pendapatan/penyata pencen/kad pesara (pesara kerajaan) ibu dan bapa/penjaga yang terkini.
  • Surat pengesahan maustatin terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat Terengganu yang telah bermaustatin di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut.
  • Salinan tiket penerbangan bagi pelajar persendirian luar negara.
  • Salinan sijil kematian/penceraian ibu bapa jika berkaitan.

Baca juga: Bantuan Pendidikan Ke IPT Yayasan JCorp. Semak Syarat Kelayakan & Buat Permohonan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat mengenai Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara MAIDAM di Pusat Urusan Zakat Daerah melalui saluran berikut:

  • Pelajar Dari Terengganu, Ini Cara Mohon Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM Untuk Anda!

Atau:

  • Telefon: 09-622 3500
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.