Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tak Tahu Nak Masak Apa Daging Korban Kali Ini? Ini Cadangan Menu Hidangan Sempena Aidiladha

1,252

Hari Raya Aidiladha bakal disambut oleh seluruh umat Islam tidak lama lagi. Tarikh hari raya juga telah diumumkan dan umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambutnya pada 20 Julai 2021 iaitu pada hari Selasa.

Berikutan PKP 3.0 atau Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia, kita semua diseru untuk patuh dengan SOP yang telah ditetapkan sepanjang Aidiladha kali ini.

Bagi surirumah pula, apakah menu masakan yang akan dimasak dengan daging korban yang banyak dalam peti sejuk dirumah anda?

TEMPOH MASA AKTIVITI PENYEMBELIHAN

Tempoh masa untuk aktiviti penyembelihan bagi ibadah korban kali ini ialah:

  • Bermula jam 6 pagi hingga 6 petang

Had kehadiran adalah tidak melebihi 10 orang termasuk petugas.

Nota: Proses potongan kecil dan membungkus pembahagian daging korban hendaklah dibuat di tempat yang lapang dan tidak menyebabkan berlaku kesesakan.

2 KAEDAH AGIHAN DAGING KORBAN

Terdapat dua kaedah agihan korban iaitu:
  • Penghantaran secara langsung kepada peserta
  • Kehadiran peserta menerima daging korban.
Penghantaran secara langsung kepada peserta yang mengambil bahagian dan fakir miskin berdasarkan senarai nama yang telah ditetapkan.
Manakala jumlah kehadiran peserta pengambilan bahagian tidak boleh melebihi jumlah petugas dalam satu masa mengikut SOP yang ditetapkan dan elakkan 3s.

MENU MASAKAN DAGING

Antara menu masakan daging yang boleh disediakan sepanjang Aidiladha ialah:

1. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM OHSEM

Bahan-Bahan Daging

  • 1 kg daging lembu
  • 50 gm bawang besar: Dikisar halus
  • 20 gm bawang putih: Dikisar halus
  • 10 gm serbuk kari
  • 10 gm halia: Dikisar halus
  • Garam: Secukup rasa
  • Serbuk perasa: Secukup rasa

Cara Penyediaan

  • Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia.
  • Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Perapkan daging selama 2 jam
  • Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau sehingga masak
  • Setelah masak, boleh dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing

Bahan Air Asam Jawa

  • Air asam jawa
  • 1 biji bawang besar: Dipotong kecil
  • 2 biji lada merah: Dipotong kecil
  • 2 biji lada hijau: Dipotong kecil
  • 1 biji tomato: Dipotong kecil
  • 10 biji cili padi: Dipotong kecil
  • 10 gm belacan: Dibakar / digoreng
  • Garam: Secukup rasa
  • Gula: Secukup rasa
  • Limau nipis

Cara Penyediaan

Langkah-langkah penyediaan adalah seperti berikut:

  • Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan ke dalam air asam jawa.
  • Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.
  • Semua bahan digaul rata.
  • Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi.

No photo description available.

2. DAGING TUMIS PEDAS

Bahan-Bahan
  • 1 kg daging (rebus sampai empuk )
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Setengah sudu biji ketumbar
  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • (Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis )

Cara Penyediaan

Cara penyediaan bagi menu ini adalah seperti berikut:

  • Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
  • Masukan daging dan kacau bersama bahan-bahan tumis sehingga sebati.
  • Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu. Sedia dihidang.
  • Dah siap!

No photo description available.

3. RESEPI KAMBING MASAK LADA HITAM

Sedapnya resepi kambing masak lada hitam ini. Jom kita cuba!

Bahan-Bahan

  • 500 gm Kambing potong kiub (rebus sehingga empuk bersama 1.5 liter air + 3 ulas bawang putih)
  • Semua Baki air rebusan kambing
  • 1 biji bawang besar kisar
  • 5 ulas bawang putih kisar
  • 2 inci halia tua kisar
  • 2 sdb lada hitam ketuk /kisar
  • 1/4 cawan Minyak masak
  • 2 tangkai Cili Kering
  • 2 sdb Sos Tiram Cina
  • 1 biji bawang besar potong kiub besar2
  • 1 sdb Gula
  • 3/4 sdb Garam
  • Perasa jika anda suka

Cara Penyediaan

Langkah-langkah penyediaan adalah seperti berikut:

  • Rebus kambing bersama bawang putih dan air sehingga empuk.
  • Kisarkan ke semua bahan kisar
  • Panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.
  • Masukkan Cili kering dan lada hitam, kemudian kambing. Kacau mesra
  • Masukkan sos tiram dan air rebusan. Biarkan mereneh.
  • Perasakan gula garam dan masukkan bawang besar potong kiub
  • Masak hingga memekat, amat enak dinikmati dengan nasi putih panas-panas bersama cili potong.

May be an image of food

4. Gulai Kambing Kuri Kama

Jom try masakan ni pula. Jarang-jarang jumpa kan!

Bahan-Bahan

  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas dan
  • Halia

Kisar semua bahan ini bersama

  • Tomato
  • Kentang
  • Asam keping
  • Rempah tumis/4 sekawan

Bahan untuk dibancuh dengan air pula:

  • Rempah kurma 2 sudu
  • Rempah kari 4 sudu
  • Serbuk lada sesudu (saya guna lada kisar yang biasa)
  • Kerisik sesudu. Ini sukatan untuk sekilo kambing.
  • Santan cair secawan

Sebelum itu, lembutkan daging kambing menggunakan presure cooker

Cara Penyediaan

Langkah-langkah penyediaan adalah seperti berikut:

  • Panaskan minyak
  • Masukkan rempah tumis yang telah dibasuh
  • Bila rempah tumis dah bau harum, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  • Masukkan rempah kari, rempah kurma dan lada kisar yang telah dibancuh bersama.
  • Sebatikan rempah
  • Masukkan tomato yang telah didadu. Tumis sekali bersama rempah-rempah tadi.
  • Kalau pekat, tambah sedikit air rebusan kambing tadi.
  • Tumis sehingga rempah masak /naik bau
  • Masukkan daging kambing (tanpa air rebusan) ke dalam periuk.
  • Masak sebentar daging kambing bersama rempah-rempah tadi agar daging dapat serap rasa rempah tersebut.
  • Masukkan air rebusan daging kambing pula.
  • Masukkan santan cair
  • Masukkan asam keping,kentang, kerisik dan biarkan mendidih sehingga airnya menjadi kering sedikit.
  • Apabila gulai nampak kering sedikit, masukkan santan pekat.
  • Masukkan nise kampung. Ikut kemanisan yang dikehendaki. Selalu, untuk 1 kg kambing, saya akan letak 1 setengah keping gula nise kampung ni.
  • Masukkan juga garam dan serbuk perasa
  • Dah siap!

May be an image of food

Nak tahu SOP ibadah korban 2021 kali ini, boleh rujuk pautan berikut:

Click to access JAKIM-PKP-SOP-Sektor-Sosial-Ibadah-Korban-Kemaskini-23-Jun-2021.pdf

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...