Cara Mohon RM500 One-Off Bantuan Cakna OKU YKN (MAIWP Prihatin). Pelbagai Bangsa & Bukan Islam Boleh Mohon

Yayasan Kebajikan Negara telah membuka permohonan Bantuan Cakna Yayasan Kebajikan Negara (MAIWP PRIHATIN) sebanyak RM500 secara one-off kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Bantuan ini juga dibuka permohonannya kepada semula golongan OKU pelbagai bangsa yang beragama Islam dan bukan Islam yang terjejas pendapatannya di Wilayah Persekutuan berikutan Sekatan Pergerakan Penuh (PKP 3.0).

Selain itu, MAIWP juga telah membuka permohonan Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP 3.0 sebanyak RM500 seorang secara one-off secara berperingkat kepada individu mengikut kategori mulai 15 Jun 2021 yang lalu.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN CAKNA OKU YKN (MAIWP PRIHATIN)

Tarikh untuk permohonan Bantuan Cakna OKU YKN MAIWP PRIHATIN adalah bermula pada:

  • 21 Jun hingga 30 Jun 2021

JUMLAH BANTUAN

jumlah bantuan yang akan diterima oleh pemohon yang berjaya adalah seperti berikut:

  • RM500/one-off

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan untuk Bantuan Cakna OKU YKN adalah seperti berikut:

  • Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang terjejas pendapatan
  • Semua OKU pelbagai bangsa Islam dan Bukan Islam
  • Tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  • Keutamaan kepada penerima Bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan mempunyai kad OKU.

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad OKU pemohon
  • Salinan kad pengenalan waris

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, anda mestila memuat turun borang permohonan berikut:

  • Seterusnya lengkapkan borang permohonan anda dan hantarkan ke alamat berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif
yayasan Kebajikan Negara Malaysia
Aras 8, Bangunan KPWKM
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrjaya

Atau

Pejabat Yayasan Kebajikan Negara Zon Tengah
No.28-32 Bangunan Ehsan
Jalan Hang Lekiu
52100 Kuala Lumpur

Cara Mohon RM500 One-Off Bantuan Cakna OKU YKN (MAIWP Prihatin). Pelbagai Bangsa & Bukan Islam Boleh Mohon

Baca juga: Jangan Malu & Jangan Segan! Tuala Wanita Percuma Untuk Mereka Yang Memerlukan Tersedia Di Kedai MAIWP & YADIMart

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Permohonan Bantuan Cakna OKU YKN (MAIWP PRIHATIN) sila dapatkan di:

  • 012-623 3845 (Whatsapp sahaja) / 8.30 pagi – 5.30 petang setiap hari
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.