Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Yayasan Sejahtera Kulai] Bantuan Dana Khas Fasa 2 Untuk 150 Orang Sahaja. Siapa Cepat, Dia Dapat!

1,320

Dengan mengamalkan konsep siapa cepat dia dapat, Yayasan Sejahtera Kulai telah membuka permohonan Bantuan Dana Khas Fasa 2 untuk penduduk Kulai yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Namun, penduduk Kulai dinasihatkan untuk membuat permohonan dengan segera kerana ianya terhad kepada 150 orang pemohon sahaja.

Dapatkan syarat kelayakan permohonan disini seterusnya buat permohonan dengan segera.

Baca juga: [Cara Mohon] Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) TEKUN Nasional

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Penduduk Kulai yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 diminta untuk membuat permohonan dengan segera seblum tarikh tutup pada:

  • 11 September 2021

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang digalakkan untuk membuat permohonan Bantuan Dana Khas Fasa 2 Yayasan Sejahtera Kulai adalah:

  • 150 orang penduduk Kulai yang terjejas pendapatan sepanjang Covid-19.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang bakal diperolehi oleh penerima adalah sebanyak:

  • RM150 secara one-off

SYARAT PERMOHONAN

Anda dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu syarat permohonan sebelum membuat permohonan dan syaratnya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Tinggal dikawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai
  • Individu Sama Ada Lelaki ataupun Wanita Yang Menjadi Ketua Kepada Keluarga yang Terjejas Pendapatan Ketika PKP Fasa 1 (hilang Punca Pendapatan)
  • Kahwin/Berkeluarga
  • Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi

DOKUMEN SOKONGAN

Pemohon mestikah sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan masing-masing:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Pengesahan Pendapatan.
  • Jika Anda Pekerja Kilang Lampirkan Notis Penutupan Kilang.
Nota: Pemberian bantuan kewangan ini hanya diberikan secara One-Off kepada individu yang layak sahaja.

[Yayasan Sejahtera Kulai] Bantuan Dana Khas Fasa 2 Untuk 150 Orang Sahaja. Siapa Cepat, Dia Dapat!

CARA MOHON BANTUAN KHAS FASA 2 YAYASAN SEJAHTERA KULAI

Permohonan bantuan boleh dibuat melalui Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai dan akan disaring mengikut kelayakan.

Baca juga: Nak Tahu Tak 4 Pakej Telekomunikasi Untuk Rakyat Sempena Hari Merdeka? Semak Disini Tau!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai :

Dun Bukit Permai

  • En Jamalludin Bin Abdol Hamid: 019 7227726
  • Pn Nurul Nadia binti Ab Azis: 016 7730454
  • En Ramli Bin Haron: 016764611
  • En Hisamudin Bin Mohd: 011 28654973

Dun Senai

  • En Sali Bin Mahpot (PPBM): 013 7700043
  • En Mohd Azlan Bin Mohd Yunos: 018 2277784
  • En Khairul Anuar Bin Abdul Aziz: 017 7032221
  • En Shen Poh Kuan: 019 7543033

Dun Bukit Batu

  • En Abdul Karim Bin Omar: 012 7007486
  • Pn Satariah Binti Jiman: 017 7662759
  • En Suppayah A/L Solaimuthu: 012 7101712
  • Pn Masitah Binti Thurkeejan: 0135195426

Pejabat Yayasan: 07 6605348

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...