Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Geran Bantuan Kemasukan Ke IPT Sehingga RM1,000 Yayasan Sejahtera Kulai. Dapatkan Borang Permohonan Disini

1,247

Pelajar yang menetap dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai, dipelawa untuk memohon Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi yang telah dibuka permohonannya.

Permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 11 September 2021 dan anda boleh memuat turun borang permohonan pada pautan yang akan dikongsikan sebentar lagi.

Juga dapatkan syarat-syarat umum Geran Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Yayasan Sejahtera Kulai sebelum anda membuat permohonan.

Baca juga: [Cara Mohon] Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) Anggota Koperasi Tentera. Muat Turun Borang Disini

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Para pelajar diminta untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada:

  • 11 September 2021

JUMLAH BAYARAN BANTUAN KEMASUKAN KE IPT YAYASAN SEJAHTERA KULAI

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh setiap pelajar adalah mengikut kategori seperti berikut:

  • Program Sijil: RM300.00
  • Program Diploma: RM500.00 
  • Program Ijazah Sarjana Muda: RM1,000.00

Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan Kemasukan ke IPT secara one-off sahaja.

SYARAT UMUM GERAN BANTUAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI YAYASAN SEJAHTERA KULAI

Syarat umum untuk permohonan Geran Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Yayasan Sejahtera Kulai adlah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.
  • Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (dalam atau luar negara).
  • Menyambung pengajian kali pertama ke Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
  • Pelajar yang mengikuti program persediaan seperti Pra Ijazah adalah tidak layak untuk bantuan ini.
  • Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa.
  • Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:

  • Pemohon hendaklah melampirkan salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.
  • Pemohon dikehendaki memberikan bukti pendapatan kesemua isi rumah. Sekiranya berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya bekerja makan gaji, sila sertakan slip gaji dari majikan.
  • Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.
  • Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Pengetua Sekolah atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.
  • Sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak benar, pemohon adalah dikehendaki membayar balik jumlah geran yang telah diterima.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

PAUTAN MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, sila muat turun borang permohona pada pautan berikut:

May be an image of text that says 'SENARAI SEMAK GERAN BANTUAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI YAYASAN SEJAHTERA KULAI Borang Permohonan Salinan Kad Pengenalan pemohon Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran Isi Rumah Salinan Slip Gaji/Bukti Pendapatan Isi Rumah Salinan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPT Salinan Kad OKU (Jika Berkenaan) Salinan Rekod Kesihatan Temujanji Hospital (Jika Berkenaan) Lain-lain Dokumen (Jika Ada):'

No photo description available.

No photo description available.

  • Borang yang lengkap hendaklah dihantarkan ke pejabat yayasan di alamat:
    No. 156A, Jalan Susur Kulai 3,
    81000, Kulai, Johor
    (berhampiran KFC & Tabung Haji Kulai)

Baca juga: [Yayasan Sejahtera Kulai] Bantuan Dana Khas Fasa 2 Untuk 150 Orang Sahaja. Siapa Cepat, Dia Dapat!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai :

Dun Bukit Permai

  • En Jamalludin Bin Abdol Hamid: 019 7227726
  • Pn Nurul Nadia binti Ab Azis: 016 7730454
  • En Ramli Bin Haron: 016764611
  • En Hisamudin Bin Mohd: 011 28654973

Dun Senai

  • En Sali Bin Mahpot (PPBM): 013 7700043
  • En Mohd Azlan Bin Mohd Yunos: 018 2277784
  • En Khairul Anuar Bin Abdul Aziz: 017 7032221
  • En Shen Poh Kuan: 019 7543033

Dun Bukit Batu

  • En Abdul Karim Bin Omar: 012 7007486
  • Pn Satariah Binti Jiman: 017 7662759
  • En Suppayah A/L Solaimuthu: 012 7101712
  • Pn Masitah Binti Thurkeejan: 0135195426

Pejabat Yayasan: 07 6605348

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...