Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM500 One-Off Bantuan Usahawan Kecil Yayasan Sejahtera Kulai. Ini Borang Permohonannya!

1,717

Usahawan kecil yang bermaustatin dan menjalankan perniagaan dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai dipelawa untuk memohon Bantuan Usahawan Kecil Yayasan Sejahtera Kulai bagi tahun 2021.

Seterusnya dapatkan borang permohonan Bantuan Usahawan Kecil Yayasan Sejahtera Kulai pada pautan yang akan dikongsikan disini.

Pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup dan menyertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan bersama permohonan anda.

Baca juga: Geran Bantuan Kemasukan Ke IPT Sehingga RM1,000 Yayasan Sejahtera Kulai. Dapatkan Borang Permohonan Disini

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Pastikan anda menghantar borang permohonan anda yang telah lengkap diisi sebelum tarikh tutup pada:

  • 11 September 2021

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang digalakkan untuk memohon Bantuan Usahawan Kecil Yayasan Sejahtera Kulai adalah:

  • Usahawan kecil menetap dan jalankan perniagaan di dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.

JUMLAH BANTUAN

Pemohon yang layak akan menerima bantuan berjumlah:

  • RM 500.00 secara one-off

SYARAT-SYARAT UMUM GERAN BANTUAN USAHAWAN KECIL YAYASAN SEJAHTERA KULAI

Apakah syarat-syarat umum Geran Bantuan Usahawan Kecil Yayasan Sejahtera Kulai?

Semak disini ya!

  • Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin serta menjalankan perniagaan dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.
  • Perniagaan dijalankan secara separuh atau sepenuh masa.
  • Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan keutamaan.
  • Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.
Pemohon hendaklah bersetuju dan membenarkan pihak Yayasan Sejahtera Kulai memantau prestasi perniagaan yang dijalankan dan memajukan serta berkongsi maklumat perniagaan pemohon dengan jabatan atau agensi yang berkaitan.
Pemohon adalah diwajibkan menyertai kursus atau latihan keusahawanan yang dianjurkan pihak Yayasan Sejahtera Kulai pada masa akan datang.

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Gambar perniagaan serta lain-lain bukti perniagaan seperti salinan pendaftaran SSM, salinan lesen perniagaan PBT MPKu dan lain-lain.
  • Memberikan bukti pendapatan. Sekiranya pemohon berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya pemohon berniaga secara sambilan, sila sertakan slip gaji dari majikan.
  • Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.
  • Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.
Sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak benar, pemohon adalah dikehendaki membayar balik jumlah geran yang telah diterima.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
May be a cartoon of text that says 'KULAI* BERITA BAIK KEPADA USAHAWAN KECIL YANG BERMASTAUTIN DAN BERNIAGA DI DAERAH KULAI Geran Bantuan Usahawan Kecil untuk mereka yang bermastautin serta menjalankan lankan perniagaan dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai. GERAN BANTUAN USAHAWAN KECIL Permohonan Terhad kepada 50 orang penerima yang Pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM 500.00. Lima Ratus Ringgit Malaysia Sahaja Borang akan disiar umum di laman rasmi Facebook" Yayasan ejahtera Kulai MonejaklerabanRalyat TOSRIN ARVANTHI'

BORANG PERMOHONAN

Dapatkan borang permohonan dipautan ini:

May be an image of text that says 'SENARAI SEMAK GERAN BANTUAN USAHAWAN KECIL YAYASAN SEJAHTERA KULAI Borang Permohonan Salinan Kad Pengenalan Pemohon Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran Isi Rumah Salinan Slip Gaji/Bukti Pendapatan Pemohon Salinan Slip Gaji/Bukti Pendapatan Isi Rumah Salinan Sijil Pendaftaran SSM Salinan Lesen Perniagaan MPKu い 7. 8. 9. Gambar Perniagaan (Minima 10. Gambar) Salinan Kad OKU (Jika Berkenaan) 11. Salinan Rekod Kesihatan Temujanji Hospital (Jika Berkenaan) Lain-lain dokumen (Jika Ada):'

No photo description available.

May be an image of text that says 'BUTIR PEKERJAAN DAN PENDAPATAN PEKERJAAN PENDAPATAN: NAMA TMJIKAN D.MAKLUMAT AHLI KELUARGA YANG TELAH BEKERJA BIL NAMA BUJANG/ BERKAHWIN HUBUNGAN UMUR PEKERJAAN PENDAPATAN BIL NAMA E. MAKLUMAT AHLI KELUARGA YANG BELUM BEKERJA JUMLAH UMUR DARJAH/TINGKATAN SEKOLAH/INSTITUSI Sila sertakan lampiran jika tidak mencukupi PENGAKUAN PEMOHON Saya nengaku bahawa segala yang diberikan dalam bran adalah benar. Saya faham yang diberikan tidak benar, bantuan saya terima pihak Sejahtera Kulai serta-merta. Tandatangan Pemohon maklumat & kanditamatkan Tarikh PENGESAHAN NAMA JAWATAN: Tanda angan Cop Jawatan Tarikh Permohonan hendaklah disahkan salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai/Wakil Rakyat ADUN Kawasan/Ahli Majlis MPKu/Ketua Kampung/Ketua Masyarakat/Penghulu.'

  • Borang yang lengkap hendaklah dihantarkan ke pejabat yayasan di alamat:
    No. 156A, Jalan Susur Kulai 3,
    81000, Kulai, Johor
    (berhampiran KFC & Tabung Haji Kulai)

Baca juga: [Yayasan Sejahtera Kulai] Bantuan Dana Khas Fasa 2 Untuk 150 Orang Sahaja. Siapa Cepat, Dia Dapat!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai :

Dun Bukit Permai

  • En Jamalludin Bin Abdol Hamid: 019 7227726
  • Pn Nurul Nadia binti Ab Azis: 016 7730454
  • En Ramli Bin Haron: 016764611
  • En Hisamudin Bin Mohd: 011 28654973

Dun Senai

  • En Sali Bin Mahpot (PPBM): 013 7700043
  • En Mohd Azlan Bin Mohd Yunos: 018 2277784
  • En Khairul Anuar Bin Abdul Aziz: 017 7032221
  • En Shen Poh Kuan: 019 7543033

Dun Bukit Batu

  • En Abdul Karim Bin Omar: 012 7007486
  • Pn Satariah Binti Jiman: 017 7662759
  • En Suppayah A/L Solaimuthu: 012 7101712
  • Pn Masitah Binti Thurkeejan: 0135195426

Pejabat Yayasan: 07 6605348

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...