Dapatkan 17 Contoh Soalan Interview Pegawai Veterinar GV41 Untuk Rujukan Anda

Temuduga adalah satu proses yang terakhir yang akan menentukan sama ada pemohon kerja berjaya atau tidak untuk mendapatkan jawatan yang dipohon.

Jadi, sebagai calon yang menginginkan jawatan tersebut menjadi kenyataan, sila buat persediaan untuk menghadapi temuduga dengan lebih awal.

Antaranya adalah dengan membuat ulangkaji berdasarkan 17 contoh soalan yang dikongsikan oleh calon sebelum ini.

Baca juga: Terkini! Jawab 7 Soalan Susah Dengan Jawapan Yang Paling Kreatif Ini Dalam Bahasa Inggeris. Save & Hafal Ya!

INFO JAWATAN PEGAWAI VETERINAR GV41

Info daripada panel temuduga, mereka mengingatkan para calon untuk mengambil tahu info mengenai jawatan yang dipohon.

Mengapa?

Ini kerana panel temuduga sangat suka bertanyakan soalan berdasarkan jawatan yang dipohon untuk mengetahui sama ada calon sangat berminat dengan jawatan yang dipohon atau tidak.

Jadi, dapatkan beberapa info penting mengenai jawatan Pegawai Veterinar GV41 disini.

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/Jabatan: Kementerian Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  • Gaji Minimum: RM2,697.00
  • Gaji Maksimum: RM9,551.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00

DESKRIPSI TUGAS

Pastikan juga anda tahu apakah despkrisi tugas jawatan anda kerana ia merupakan salah satu soalan yang sering ditanya oleh penemuduga kepada calon.

Untuk pengetahuan anda, tugas Pegawai Veterinar GV41 ialah:

  • Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya, memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguat kuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat karantina dan membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan Jabatan dan lain-lain tugas pentadbiran Jabatan.

17 CONTOH SOALAN INTERVIEW JAWATAN PEGAWAI VETERINAR GV41

Sebelum anda semua hadir untuk temuduga, dapatkan 15 contoh soalan temuduga Pegawai Veterinar GV41 mengikut perkongsian salah seorang calon sebelum ini.

  1. Sebutkan nama penuh anda seterusnya perkenalkan diri anda dengan cara yang lebih kreatif.
  2. Terangkan kepada kami apa itu veterinar.
  3. Apakah itu amalan baik penggunaan drug dan vaksin pada haiwan?
  4. Sebutkan 2 Seksyen Bukan Ruminan.
  5. Apa pula 3 Seksyen Ruminan yang anda tahu?
  6. Terangkan deskripsi tugas seorang Pegawai Veterinar.
  7. Boleh ke pegawai veterinar Islam berada di Unit Babi dan memegangnya?
  8. Jika perlu pegang haiwan seperti babi, perlu sertu ke? Apakah cara sertu yang anda tahu?
  9. Berapa seksyen yang ada dalam Komoditi Ternakan? Sebutkan kepada saya.
  10. Bagaimana nak pastikan agar tiada penyakit berjangkit dikalangan haiwan ternakan?
  11. Adakah anda berminat untuk bekerja dilapangan dan bergelumang dengan haiwan?
  12. Apakah itu penyakit kuku dan mulut bagi haiwan yang anda tahu?
  13. Nyatakan tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh ternakan yang sakit.
  14. Bagaimanakah merawat batu karang pada haiwan ternakan?
  15. Apakah itu FERCOBSANG®?
  16. Apakah pencegahan dan kawalan penyakit FMD?
  17. Terangkan peranan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS).

CARA SUSUN DOKUMEN/ SIJIL KETIKA TEMUDUGA

Pastikan anda membawa bersama dokumen ASAL semasa temuduga dan membuat susunan seperti berikut :

  • MyKad/ Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak.
  • Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan kewarganegaraan ibu/ bapa (jika berkenaan).
  • SPM/ SPMV/ SVM atau setaraf.
  • STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan; skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain (jika berkenaan).
  • Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik (jika berkenaan) bagi calon yang belum memperolehi skrol Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah.
  • Skrol dan transkrip akademik untuk Ijazah Sarjana Muda bagi calon yang memiliki kelayakan Sarjana/ Doktor Falsafah.
  • Slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan.
  • Surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan).
  • Sijil Pendaftaran Orang Kurang Upaya/ surat pengesahan berdaftar dengan eKasih (jika berkenaan).
  • Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan).
  • Sijil kegiatan luar.
  • Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan (di pautan http://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/pegawai-sedang-berkhidmat-psl), LNPT terkini, Perisytiharan Harta dan Penyata Gaji akhir untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun.
  • Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).

Rujuk: Temuduga SPA : Rujuk Cara Susun Dokumen Dan Cara-Cara Lengkapkan MyResume

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.