Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Update] 4 Perkara Penting Perlu Ada Dalam Notis Berhenti Kerja & Ini Contohnya Untuk Anda!

1,572

Jika anda memohon kerja dengan cara yang baik sehingga anda berjaya menjawat jawatan yang anda mohon, nak berhenti kerja juga mestilah dengan cara yang baik juga.

Anda dinasihatkan untuk membaut perletakan jawatan dengan menghantar notis berhenti kerja terlebih dahulu dan pastikan meletakkan 4 perkara wajib yang perlu ada dalam notis berhenti kerja anda.

Apakah 4 perkara penting tersebut? Jom kita semak disini.

4 PERKARA PENTING WAJIB LETAK DALAM NOTIS PERLETAKAN JAWATAN

Untuk pengetahuan anda, anda perlu menyatakan 4 perkara ini di dalam notis berhenti kerja anda iaitu:

  • Notis berhenti kerja
  • Tujuan berhenti kerja
  • Nama pemohon
  • Tandatangan pemohon

Ingat, buat dalam bentuk surat rasmi dan bertaip. Jika anda menulis tangan, pastikan tulisan anda boleh dibaca dan kemas. Ini kerana pihak Human Resources (HR) akan memfailkan permohonan anda untuk rujukan yang akan datang.

Baca juga: Majikan Paksa Cuti Tanpa Gaji, Ini Cara Anda Claim RM600 Dari PERKESO

CONTOH NOTIS BERHENTI KERJA

Boleh berikan contoh notis berhenti kerja yang lengkap untuk rujukan?

Ya, boleh.

Anda boleh rujuk cntoh notis berhenti kerja yang boleh anda dapatkan disini.

Download dan sesuaikan dengan situasi anda.

CONTOH NOTIS BERHENTI KERJA SEBULAN

[Update] 4 Perkara Penting Perlu Ada Dalam Notis Berhenti Kerja & Ini Contohnya Untuk Anda!

DOWNLOAD DISINI

CONTOH NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM

[Update] 4 Perkara Penting Perlu Ada Dalam Notis Berhenti Kerja & Ini Contohnya Untuk Anda!

DOWNLOAD DISINI

Jika anda mempunyai bukti dan sebab yang kukuh untuk berhenti, pastinya majikan anda bersedia untuk melepaskan anda untuk mengembangkan kerjaya ditempat yang baharu.

Atau jika anda mempunyai masalah, pastinya majikan anda memastikan anda menyelesaikan masalah dengan baik serta bertolak ansur dengan anda.

Kuncinya disini, buat permohonan perletakan jawatan dengan cara yang baik dan semoga urusan anda dipermudahkan.

Baca juga: Contoh Surat Berhenti Kerja Dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris (Download Percuma)

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...