Bantuan Kecemasan Banjir Terengganu RM500 Hingga RM1000 Masuk Pertengahan Januari 2021
Rakyat Terengganu yang terjejas akibat banjir yang melanda kawasan mereka akan menerima bantuan kecemasan dengan bayaran secara one off sebanyak RM500 sebelum pertengahan bulan Januari 2021.
BANTUAN KECEMASAN BANJIR TERENGGANU YANG BERDAFTAR
Isi Kandungan
Bayaran bantuan kecemasan ini akan disalurkan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Terengganu dan menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, bantuan itu akan diberikan kepada mangsa yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Kerajaan negeri melalui Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kini dalam proses akhir untuk mengemas kini data mangsa banjir.
SEGERAKAN BAYARAN BANTUAN KECEMASAN BANJIR TERENGGANU
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta bantuan kecemasan itu segera diagihkan untuk meringankan beban mangsa banjir.
Namun, jumlah keseluruhan peruntukan yang akan disalurkan bergantung kepada data yang kini sedang dikemas kini.
Jadi, semua pegawai daerah supaya mengemukakan senarai nama sebelum akhir bulan ini bagi membolehkan bayaran bantuan kecemasan dilakukan sebelum pertengahan bulan depan.
RM1,000 DITERIMA 360 KIR MANGSA BANJIR
Namun bagi 360 KIR mangsa banjir di beberapa kawasan di Air Putih, Terengganu pula akan menerima RM1,000 bantuan sekali bayar daripada tabung dana khas dan sumber kerajaan negeri.
Adakah anda anak negeri Perak dan memerlukan bantuan persekolahan bagi tahun 2021? Jika ya, semak syarat permohonan dan buat permohonan disini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.