Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Dapatkan Balik Wang Anda Jika Pesanan Foodpanda Bermasalah

4,284

Pernah tak pesanan Foodpanda anda bermasalah? Jika ya, tahukah anda bahawa setiap pesanan yang bermasalah boleh mendapat bayaran balik atau refund dan mestilah memenuhi syarat yang disediakan oleh Foodpanda kepada pelanggannya.

Proses bayaran balik bagi pesanan Foodpanda yang bermasalah adalah sah bagi pembelian perkhidmatan seperti berikut:

  • Masalah berkaitan Pandamart
  • Penghantaran makanan
  • Caj penghantaran
  • Penawaran kod diskaun
  • Masalah baucer

SYARAT BAYARAN BALIK PESANAN FOODPANDA BERMASALAH

Antara syarat bayaran balik pesanan Foodpanda yang bermasalah adalah seperti berikut:

  • Pembatalan oleh rakan kongsi (kedai makan, kedai serbeneka)
  • Pesanan yang salah dihantar
  • Makanan yang tumpah
  • Barang yang hilang dari senarai pesanan
Nota: Foodpanda telah menyediakan proses dan perkhidmatan pembayaran balik kepada pelanggan untuk mendapatkan semula wang bayaran mereka. Ciri ini adalah khas untuk pelanggan yang sudah membayar sahaja bukan untuk cash on delivery (tunai semasa penghantaran).

CARA MEMBUAT TUNTUTAN BAYARAN BALIK FOODPANDA

Untuk membuat tuntutan bayaran balik Foodpanda yang bermasalah, anda perlu:

  • Masuk ke aplikasi Foodpanda dan klik PESANAN SAYA (MY ORDERS) pada bahagian HELP CENTRE.

Cara Dapatkan Balik Wang Anda Jika Pesanan Foodpanda Bermasalah

Cara Dapatkan Balik Wang Anda Jika Pesanan Foodpanda Bermasalah

  • Pilih pesanan yang bermasalah, tekan SOALAN BAYARAN SEMULA (QUESTION ON PAYMENT OR REFUND).

Cara Dapatkan Balik Wang Anda Jika Pesanan Foodpanda Bermasalah

  • Buat aduan pada bahagian tersebut serta anda juga boleh membuat aduan melalui emel di [email protected].

BAYARAN BALIK FOODPANDA BERMASALAH MELALUI BAUCAR

Pelanggan juga boleh mendapatkan bayaran balik melalui penawaran baucer Foodpanda dan prosesnya lebih cepat berbanding wang tunai kerana baucer telah tersedia dan dimasukkan dengan segera ke akaun pelanggan sekiranya permohonan layak untuk tuntutan.

Mengapa proses pemulangan wang agak lambat? Ini adalah kerana Foodpanda tertakluk dengan peraturan ketat yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kerana peraturan tersebut diterapkan secara meluas dan dipatuhi untuk proses pengambalian wang.

Untuk meningkatkan pilihan bayaran balik kepada pelanggan, Foodpanda akan meningkatkan dan menyelaraskan proses bayaran balik wang dengan memperkenalkan ciri baharu dan kaedah pembayaran yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Jom beli barang melalui Pandamart. Duduk sahaja di rumah, tunggu barang sampai dan percuma pula tu. Klik sini dan dapatkan cara membuat pembelian.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...