Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Secara Bersasar, Tak Perlu Buat Permohonan. Ini Kaedah Bantuan Mengikut Kategori

Sebelum ini, Sultan Perak telah meluluskan Dana Khas Bantuan Semasa PKP 3.0 dan antara bantuan yang dinantikan oleh orang ramai adalah Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup dengan peruntukan sebanyak RM10,900,000.00.

Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup ini akan disalurkan kepada ketua isi rumah (KIR) dan penerima bantuan kewangan bulanan MAIPK yang terjejas sumber pendapatan mereka.

Jadi, bagaimanakah kaedah permohonan untuk mendapatkan Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup ini? Dapatkan penjelasan cara mohon seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak MAIPk.

INFO RINGKAS BANTUAN KELANGSUNGAN HIDUP

Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup ini disediakan untuk:

  • Ketua isi rumah (KIR) dan penerima bantuan kewangan bulanan MAIPK yang terjejas sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan, diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi atau atas sebab-sebab lain yang munasabah.

TIADA PERMOHONAN, AGIHAN BERSASAR

Setelah membuat beberapa penilaian atas kaedah online terbuka sebelum ini, MAIPk mendapati terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak mereka.

MAIPk berpendapat, kaedah yang terbaik untuk agihkan Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup SECARA BERSASAR kepada kategori yang telah dikenalpasti.

KATEGORI GOLONGAN SASARAN

Kategori golongan sasaran yang telah dikenalpasti untuk menerima Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup adalah seperti berikut:

KATEGORI PERTAMA

  • Penerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Sewa Rumah MAIPk yang menerima bantuan sehingga Jun 2021 iaitu seramai 11,500 orang.

KATEGORI KEDUA

  • Golongan bersasar yang dikenalpasti oleh MAIPk dengan kerjasama agensi kerajaan, persatuan atau badan bukan kerajaan dengan sasaran seramai 11,000 orang.

KATEGORI KETIGA

  • Golongan yang terjejas pendapatan yang dikenalpasti oleh penghulu, ketua kampung atau jawatankuasa masjid dengan sasaran seramai 10,500 orang.

No photo description available.

CARA MENDAPATKAN BANTUAN KELANGSUNGAN HIDUP MAIPK

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini tidak melalui kaedah permohonna daripada individu, Kaedah penyaluran bantuan adalah mengikut kategori penerima seperti berikut:

KATEGORI 1

  • Tidak perlu memohon. Bantuan akan disalurkan secara automatik ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula bulan Jun 2021.

KATEGORI 2

  • Tidak perlu memohon. Pihak MAIPk akan mendapatkan senarai ahli yang berdaftar dan masih aktif sehingga 31 Mei 2021 daripada Agensi atau Persatuan yang mewakili individu dalam kategori tersebut.

KATEGORI 3

  • Penerima bantuan kategori ini akan dikenalpasti oleh jentera kerajaan di peringkat daerah, mukim dan kampung, melibatkan penghulu mukim dan ketua kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing bermula 21 Jun 2021.

Baca juga: Berita Baik! Sultan Perak Luluskan Dana Khas Bantuan Buat Rakyat Perak Terjejas Pendapatan Akibat PKP 3.0 Untuk Asnaf, Pelajar, Usahawan & Frontliner

Namun, jika anda tercicir daripada menerima Bantuan Kelangsungan Hidup MAIPk, sila maklumkan kepada penghulu mukim dan ketua kampung serta jawatankuasa masjid di kawasan tempat tinggal masing-masing dengan segera.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.