Permohonan Fasa 2 Bantuan Khas Guru Tadika PKP 3.0 RM150 Sehingga September. Mohon Secara Online
Sebelum ini kerajaan negeri Selangor telah membuka permohonan Bantuan Khas Guru Tadika kepada guru tadika di negeri tersebut yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Namun, terdapat lebih 3,000 kuota yang masih lagi belum membuat permohonan sehingga kerajaan negeri Selangor membuka permohonan fasa kedua bagi bantuan ini.
Permohonan fasa kedua Bantuan Khas Guru Tadika akan dibuka pada 15 Ogos 2021 ini dan perlu dilakukan secara online melalui pautan yang akan dikongsikan oleh kerajaan negeri Selangor.
TUJUAN BANTUAN KHAS GURU TADIKA PKP 3.0
Isi Kandungan
Tujuan Bantuan Khas Guru Tadika ini diwujudkan adalah untuk:
- Meringankan beban golongan pendidik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
TARIKH PERMOHONAN
Guru tadika negeri Selangor boleh membuat permohonan mulai:
- 15 Ogos 2021 sehingga 6 September 2021
JUMLAH BANTUAN
Setiap guru tadika yang lulus permohonannya akan menerima bantuan sebanyak:
- RM150 one-off
Manakala pengusaha tadika pula akan menerima jumlah bantuan yang diperuntukan sebanyak:
- RM450 one-off
CARA MOHON
Cara mohon Bantuan Khas Guru Tadika PKP 3.0 adalah:
- Secara online dipautan: https://www.selangorprihatin.com/
- Pautan permohonan akan dibuka mulai 15 Ogos 2021
3,000 GURU TADIKA BELUM MOHON
SENARAI BANTUAN LAIN NEGERI SELANGOR
Kerajaan negeri Selangor juga menyediakan 25 inisiatif yang lain untuk membantu rakyatnya melalui Pakej Kita Selangor 2.0.
25 inisiatif ini diberikan kepada 3 bahagian seperti:
- Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat
- Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi serta Usahawan di Selangor
- Kawalan Kesihatan
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.