Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan
Bermula 1 Julai 2021 nanti, ANIS Selangor akan membuka permohonan Bantuan Khas RM500 kepada OKU Selangor.
Permohonan ini dibuka kepada OKU Selangor yang terjejas pendapatan sepanjang pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dijalankan sekarang.
OKU Selangor yang diminta untuk membuat permohonan dengan segera kerana ianya bakal dimanfaatkan oleh 1,200 orang sahaja dan sangat terhad.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU RM500
Isi Kandungan
Permohonan boleh dibuat mulai:
- 1 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021
JUMLAH PERMOHONAN
Jumlah bayaran bantuan Bantuan Khas OKU adalah:
- RM500/one-off
TUJUAN BANTUAN KHAS OKU
Tujuan utama Bantuan Khas OKU RM500 ini disediakan kepada OKU Selangor adalah:
- Membantu golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 sama ada kehilangan pekerjaan tetap ataupun hilang punca pendapatan (bagi yang berniaga).
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU RM500
Berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan Bantuan Khas OKU RM500 untuk semakan anda:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
- Had maksima pendapatan isi rumah sebanyak RM 3,000.00 sahaja.
- Pemegang Kad OKU JKM Selangor.
- OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat Pandemik Covid-19.
- Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor.
- Pemastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.
- Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda melengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen yang diperlukan ini:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor
- Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya)
- Salinan slip gaji terakhir.
- Atau surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (*Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN / Ahli Parlimen / Ketua Kampung / Penghulu / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat)
- Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja)
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online dipautan berikut:
- https://www.anisselangor.com/bantuanOKU
- Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
- Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
- Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
- Penghantaran melalui emel di: [email protected]ATAU
- Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor
Aras 5,Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.Talian Hotline : 03-5481 8800
SENARAI DOKUMEN PERLU DI MUAT TURUN
Senarai dokumen yang perlu dimuat turun adalah:
- Borang Permohonan
- Senarai semak dokumen
- Surat pengesahan pendapatan
CARTA ALIR PERMOHONAN
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi ANIS Selangor disaluran berikut:
- Hotline 1: 018-256 7093
- Hotline 2: 018-235 6213
- Hotline 3: 010-402 3819
- Hotline 4: 013-395 3273
- https://www.anisselangor.com/bantuanoku
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.