Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

2 Jenis Bantuan Pakaian Untuk Murid Sekolah Oleh KPM. Semak Kategori Bantuan Pakaian Disini

1,862

Tahukah anda terdapat 2 jenis bantuan pakaian untuk pelajar sekolah dan bantuan ini telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bantuan-bantuan ini sangat membantu pelajar di seluruh negara untuk memiliki pakaian seragam seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Apakah bantuan tersebut? Dapatkan info lengkap mengenai bantuan pakaian oleh KPM seperti yang akan dikongsikan disini.

Baca juga: Kaedah Pergerakan Pulang Murid Asrama Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2021

2 KATEGORI BANTUAN PAKAIAN KPM

Antara 2 katgeori bantuan pakaian yang disediakan oleh KPM ialah:

BANTUAN PAKAIAN SERAGAM BADAN BERUNIFORM (BPS)

JENIS BANTUAN

  • Bantuan Khusus

INFO RINGKAS BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS)

Pemberian Bantuan Pakaian Seragam (BPS) kepada murid mula dilaksanakan pada tahun 2008 berdasarkan ucapan pembentangan Bajet 2008 oleh YAB Perdana Menteri pada 7 September 2007.

Penerima BPS adalah murid yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) dan telah dikategorikan sebagai Miskin/Miskin Tegar.

KADAR BANTUAN

  • Kadar BPS adalah sebanyak RM100 bagi seorang murid.
  • Pihak sekolah adalah dilarang memberi bantuan secara tunai kepada murid.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS)

Kriteria kelayakan murid dalam pemberian BPS adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :

  • Murid warganegara Malaysia yang berada di Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 (Tahun 1 bagi Kolej Vokasional) termasuk murid berkeperluan khas yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan.
  • Murid (Ahli Isi Rumah) yang Ketua Isi Rumahnya (KIR) telah berdaftar dengan sistem eKASIH dan dikategorikan sebagai Miskin/Miskin Tegar.
  • Murid yang tidak dibekalkan pakaian seragam lengkap oleh badan induk Pasukan Pakaian Beruniform yang dianggotai.

KAEDAH PENYALURAN

  • Bahagian Kewangan KPM akan menurunkan waran peruntukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
  • JPN perlu mengagihkan waran peruntukan BPS ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/sekolah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan waran.
  • Pengagihan peruntukan ke sekolah perlu dibuat setelah penyelarasan maklumat keperluan dibuat dengan pihak sekolah. Satu salinan surat agihan peruntukan hendaklah dihantar kepada PPD/sekolah berkenaan untuk tujuan rekod dan pemantauan.
  • Sekolah yang menerima peruntukan BPS hendaklah mengakaunkan jumlah yang diterima di bawah lajur Bantuan Persekolahan Lain (BPL) dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan menyelenggara Akaun Subsidiari BPS.
  • Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK), PPD hendaklah mengakaunkan jumlah yang diterima di bawah lajur BPS dalam Buku Tunai Akaun Khas PPD. PPD hendaklah membuat agihan dalam bentuk baucer atau cek kepada sekolah selewat-lewatnya 14 hari dari tempoh peruntukan diterima. Ini kerana agihan perlu disegerakan bagi memastikan perolehan segera dibuat dan diberikan kepada murid yang layak bagi memastikan matlamat/objektif bantuan tersebut tercapai.

BANTUAN JAKET KESELAMATAN MURID (JKM)

JENIS BANTUAN

  • Bantuan Khusus

INFO RINGKAS BANTUAN JAKET KESELAMATAN MURID (JKM)

Bantuan mula diperkenalkan pada tahun 1997 yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan murid-murid yang berulang alik ke sekolah dengan menggunakan pengangkutan air.

KADAR BANTUAN

  • Satu (1) jaket bagi setiap murid dan layak untuk penggantian setiap 2 tahun.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Murid Prasekolah, Tahun 1-6, Tingkatan 1-6 yang bersekolah di SK & SBK.
  • Menggunakan pengangkutan air untuk berulang-alik ke sekolah.

KAEDAH PENYALURAN 

  • Peruntukan disalurkan oleh KPM kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk dilaksanakan proses perolehan jaket keselamatan murid mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).
  • Jaket akan diedarkan oleh JPN kepada sekolah untuk diedarkan kepada murid yang layak.

Baca juga: Tawaran Permohonan Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2021. Ini Cara Mohon

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...