Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor Tahun 2021 Telah Dibuka. Tarikh Tutup 15 Julai 2021

2,178

Kerajaan Negeri Johor menyalurkan bantuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana kaum dan semuanya menerima bantuan secara sama rata.

Selain itu, masyarakat India di negri Johor juga bakal menerima Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Johor menerusi Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyanathan.

Permohonan telah dibuka dan anda boleh membuat permohonan sebelum 15 Julai 2021. Jadi, muat turun borang yang disediakan dan mohon segera agar tidak terlepas peluang yang disediakan untuk anda.

Baca juga: 5 Bantuan Tambahan Kementerian Wilayah Persekutuan Untuk Kawasan PKPD & Luar PKPD WP Labuan, RM500 Untuk Pelbagai Golongan

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan dan penghantaran borang permohonan adalah pada:

  • 15 Julai 2021

KATEGORI PERMOHONAN BANTUAN PERUNTUKAN KHAS MASYARAKAT INDIA JOHOR

Terdapat 3 kategori permohonan bantuan iaitu:

  • Kebajikan
  • Pendidikan (IPTA & IPTS)
  • Keusahawanan

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PERUNTUKAN KHAS MASYARAKAT INDIA JOHOR

Syarat permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Johor adalah seperti berikut:

1. KEBAJIKAN

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Johor sekurang kurangnya 3 tahun
  • Isi rumah berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM 2000.00sebulan
  • Mengemukakan penyata akaun bank (1 bulan), slip gaji (3 bulan), dan penyata EPF
  • Sekiranya ibubapa atau penjaga pemohon bekerja sendiri, mereka hendaklah mendapat perakuan daripada PesuruhjayaSumpah
  • Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan atau Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/KetuaKampung.

2. PENDIDIKAN (IPTA & IPTS)

  • Warganegera Malaysia dan bermastautin di Negeri Johor sekurang kurangya 3 tahun.
  • Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3500 sebulan.
  • Mengemukakan penyata akaun bank (1 bulan), slip gaji (3 bulan), dan penyata EPF.
  • Semua permohonan perlu mengemukakan salinan surat tawaran daripada institusi pendidikan yang mengesahkan kemasukan pemohon dalam kursus yang dipilih (bagi pelajar pendidikan asas, diploma dan ijazah), bagi yang bersekolah perlu mengemukakan salinan surat pengesahan pelajar.
  • Sekiranya ibubapa atau penjaga pemohon bekerja sendiri, mereka hendaklah mendapat perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
  • Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/Ketua Kampung.

3. KEUSAHAWANAN

  • Warganegara Malaysia dan telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 3 tahun dan berumur di antara 18 hingga 60tahun.
  • Sedang menjalankan perniagaan milik sendiri atau baru hendak memulakan perniagaan.
  • Pemohon mendapat kelulusan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
  • Satu pinjaman bagi satu isi rumah.
  • Berpendapatan kurang daripada RM5000 sebulan.
  • Mengemukakan penyata akaun bank (3 bulan terakhir) dan Surat Akuan Bersumpah.
  • Mengemukakan Kertas Rancangan Perniagaan.
  • Semua salinan dokumen mesti diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Pengurusan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Penghulu/Ketua Kampung.

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk proses permohonan:

1. KEBAJIKAN

  • Sekeping gambar berukuran passport.
  • Satu salinan kad pengenalan diri dan keluarga.
  • Salinan slip gaji (3 Bulan) atau Akuan Sumpah jika bekerja sendiri.
  • Salinan penyata bank.
  • Bil elektrik dan air.
  • Surat pengesahan doktor (jika berkenaan).
  • Surat Pengesahan Sewa Beli Rumah (jika berkenaan).
  • Bil tunggakan daripada TNB dan SAJ (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan si mati.
  • Laporan polis (jika berkenaan).

2. PENDIDIKAN (IPTA & IPTS)

  • Salinan kad pengenalan pelajar.
  • Salinan sijil kelahiran.
  • Sekeping gambar berukuran pasport.
  • Salinan kad pelajar.
  • Salinan UPSR/PMR/SPM/STPM/SPV/Pendidikan Asas/Diploma/Lain-lain sijil.
  • Salinan surat tawaran.
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
  • Salinan tiga bulan gaji ibu dan bapa.
  • Salinan statement bank akaun.
  • Salinan kad pengenalan 2 nama rujukan.

3. KEUSAHAWANAN

  • Gambar pasport
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
  • Salinan penyata akaun semasa bank (3 bulan)
  • Kertas kerja rancangan perniagaan

CARA MOHON BANTUAN PERUNTUKAN KHAS MASYARAKAT INDIA JOHOR

Berikut adalah langkah-langkah permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Johor:

Permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Negeri Johor Tahun 2021 Telah Dibuka. Tarikh Tutup 15 Julai 2021

  • Muat turun borang berikut:

  • Lengkapkan borang permohonan anda.
  • Seterusnya emelkan borang yang lengkap bersama dokumen sokongan di alamat emel berikut: [email protected] atau pos ke:

Pejabat Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor,
Aras 3, Bangunan Dato Jaafar Muhammad,
79555 Iskandar Puteri,
Johor Darul Takzim.

Baca juga: Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP RM500 Seorang One Off Secara Berperingkat Mulai 15 Jun 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Peruntukan Khas Masyarakat India Johor sila hubungi Pejabat Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor di talian:

  • 07-266 6031/07-266 6012
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...