Permohonan Bantuan Tabung COVID-19 JKM NADMA RM100 Dilanjutkan. Terima Bantuan Bekalan Makanan Asas Seluruh Negeri

Apa Itu NADMA?

NADMA adalah singkatan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara yang bertindak sebagai agensi yang menguruskan bantuan terutamanya kepada rakyat yang terjejas akibat sesuatu bencana yang berlaku di Malaysia.

Nadma

Jenis Bantuan Dari NADMA

Terdapat pelbagai bantuan dari NADMA khasnya diwaktu penularan wabak COVID-19 dan juga semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antaranya bantuan RM100 sehari bagi pekerja yang terjejas sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19.

Bantuan ini diberikan kepada pekerja yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

100

Selain dari bantuan di atas, NADMA juga menyediakan Bantuan Bekalan Makanan Asas kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negeri.

Jadi anda juga boleh memohon untuk menerima bantuan ini. Berikut info penuh permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan NADMA

Untuk pengetahuan anda, tarikh tutup permohoan bantuan NADMA adalah pada:

  • 31 Disember 2021

Anda yang terjejas dan ingin membuat permohonan boleh terus membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan.

Hanya permohonan lengkap yang diterima NADMA selewat-lewatnya pada 31 Januari 2021 layak untuk dipertimbangkan.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan NADMA RM100 / Sehari

Syarat kelayakan untuk permohonan ini ialah:

  • Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
    (Tarikh perintah bermula tidak melebihi 31 Disember 2020.)
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
    (Tarikh rawatan di wad bermula tidak melebihi 31 Disember 2020.)

Pemohon yang tidak layak:

  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.
  • Dikenakan perintah kuarantin/menjalani rawatan selepas 31 Disember 2020.

Cara Membuat Permohonan

LANGKAH 1: DAPATKAN BORANG

Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

LANGKAH 2: SERTAKAN DOKUMEN

Sertakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)

2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)

3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

  • Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
    Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
  • Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  • Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
  • Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

3. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)

4. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)

Nota: Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

LANGKAH 3: HANTAR

Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat di bawah:

  • Ketua Pengarah
    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
    Jabatan Perdana Menteri
    Aras 7, Blok D5, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62502 PUTRAJAYA
    (u.p. : Sekretariat KWABBN)

LANGKAH 4: SEMAKAN STATUS

Anda boleh menyemak status Bantuan NADMA yang dimohon melalui laman web berikut:

Bantuan Bekalan Makanan Asas Seluruh Negeri

Kriteria kelayakan.

  • Bantuan bekalan makanan diberikan kepada rakyat Malaysia yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan bekalan makanan berikutan perlaksanaan PKP.

Cara memohon dan maklumat yang diperlukan

  • Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau anda boleh Whatsapp di 019-261 5999.
  • Menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah masing-masing. (Waktu operasi mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Maklumat yang diperlukan.

  • Nama penuh pemohon
  • Nombor kad pengenalan pemohon
  • Alamat rumah pemohon
  • Bilangan ahli keluarga yang berada di alamat tersebut
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi (pengesahan maklumat akan dibuat oleh JKM sebelum penghantaran)

Serahan bantuan

  • Penghantaran adalah ke rumah pemohon oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.

bklan makanan

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai persoalan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh terus menghubungi atau layari portal rasmi berikut :

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bantuan Nadma

jkm

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.