Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar Sabah, Sarawak Dan Luar Negara (Wang Zakat), MAIDAM
Tidak semua pelajar yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Sabah, Sarawak dan Luar Negara mempunyai sumber kewangan yang stabil seperti orang lain.
Mungkin ada diantara mereka mengharapkan wang biasiswa atau bantuan lain untuk merealisasikan impian masing-masing. Justeru itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) menyediakan inisiatif kepada para pelajar dari Terengganu dalam bentuk bantuan tambang penerbangan.
Anda boleh semak syarat kelayakan yang ditetapkan dan buat permohonan mengikut garis panduan sebagai rujukan seperti yang dikongsikan disini.
Baca juga: Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT Percuma. Semak Syarat Kelayakan & Cara Daftar Disini
INFO RINGKAS ZAKAT MAIDAM
Isi Kandungan
Bermula 1 Januari 2015, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian bagi memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM.
Skop agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Allah (S.W.T) telah menggariskan lapan asnaf yang berhak menerima zakat iaitu Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Ar-Riqab, Al-Gharimin, Fisabilillah dan Ibnussabil.
JENIS AGIHAN/BANTUAN ZAKAT SEKTOR PENDIDIKAN
Jenis agihan atau bantuan zakat bagi sektor pedidikan adalah seperti berikut:
- Bantuan Awal Pengajian Pusat Kemahiran dan IPT.
- Dermasiswa dan Bantuan Am Pelajaran IPT.
- Program Memartabatkan Institusi Ulama’.
- Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.
- Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT.
- Bantuan Program Keagamaan Di IPT Dalam Negeri .
- Bantuan Persekolahan.
- Latihan Kemahiran Anak Asnaf.
- Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok / Madrasah.
- Bantuan Kem Akademik Pelajar Sekolah.
- Bantuan Program Keagamaan Dalam Negeri.
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN TAMBANG PENERBANGAN PELAJAR SABAH, SARAWAK DAN LUAR NEGARA (WANG ZAKAT)
Syarat untuk permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar di Sabah, Sarawak dan Luar Negara adalah:
- Pemohon adalah rakyat Negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pengajian ke Sabah/Sarawak/Luar negara.
- Beragama Islam, Baligh, Berakal dan Merdeka.
- Tidak mendapat apa-apa pinjaman/biasiswa/dermasiswa dari mana-mana agensi ketika melanjutkan pengajian (pelajar persendirian) serta menepati maksud sinf Ibnussabil.
- Telah menamatkan pengajian dengan dibuktikan Salinan ijazah asal/sementara (Syahadah muaqqatah) dan layak dipertimbangkan sekali sahaja.
- Tahap pengajian ialah Diploma dan Ijazah Pertama (BA) sahaja atau yang setaraf dengannya.
- Pertimbangan boleh dibuat bagi kes-kes tertentu terhadap pelajar yang terkandas dalam perjalanan sama ada disebabkan bencana, peperangan atau sebab-sebab lain yang bertepatan dengan hukum syarak.
- Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tamat pengajian.
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.
- Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan tambang penerbangan kepada pelajar adalah seperti berikut:
- Sabah/Sarawak/Indonesia: RM400
- Lain-lain Negara: RM1,500
KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN TAMBANG PENERBANGAN PELAJAR SABAH, SARAWAK DAN LUAR NEGARA (WANG ZAKAT)
Untuk membuat permohonan, pelajar perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke pejabat MAIDAM berdekatan beserta dokumen berikut yang telah disahkan:
- Salinan ijazah asal/sementara (Syahadah muaqqatah) untuk pelajar luar negara.
- Salinan surat pengesahan tamat belajar untuk pelajar dalam negara (Sabah dan Sarawak.
- Tiket asal penerbangan.
- Salinan slip gaji atau akuan pendapatan Ibubapa/Penjaga/Sendiri dan pasangan.
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu bapa / penjaga.
- Surat pengesahan bermastautin di Terengganu oleh Amil Zakat.
- Salinan nombor akaun bank (BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
CARA PEMBAYARAN WANG BANTUAN TAMBANG PENERBANGAN
Wang bantuan akan dibayar kepada pelajar melalui cara berikut:
- EFT/CEK
Baca juga: BERKAT PKP 2.0: RM100 Tunai, Top Up & Pelbagai Insentif Untuk Rakyat Terengganu
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi MAIDAM di:
- Yayasan Pendidikan MAIDAM
Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM,
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu.
Terengganu. - Telefon: 09-6223500
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.