Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

BERKAT PKP 2.0: RM100 Tunai, Top Up & Pelbagai Insentif Untuk Rakyat Terengganu

2,874

Memahami masalah yang ditanggung oleh rakyat sepanjang tempoh PKP 2.0 terutamanya sumber pendapatan untuk kelangsungan hidup serta masalah untuk belajar secara online di rumah dengan selesa, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT PKP 2.0) 2021 dengan kos RM19 juta.

Terdapat 7 insentif disediakan melalui BERKAT PKP 2.0 ini untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Terengganu termasuk pelajar sekolah.

Apakah 7 insentif yang disediakan Kerajaan Negeri Terengganu kepada rakyatnya termasuk pelajar melalui BERKAT PKP 2.0? Jom semak insentif tersebut melalui perkongsian ini.

7 INSENTIF BERKAT PKP 2.0

7 insentif yang disediakan melalui BERKAT PKP 2.0 ialah:

BAKUL MAKANAN

  • Akan diagihkan kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada golongan asnaf yang dianggarkan keseluruhan seramai 81,000 penerima.

RM100 TUNAI

  • Diberikan kepada pekerja yang terjejas sepanjang PKP 2.0.
  • 48,000 penerima terdiri daripada tukang gunting, penjual kedai jam, pekerja car wash dan yang terlibat.

TOP UP RM100

  • Top up RM100 diberikan kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,500

1,600 TABLET

  • Membekalkan 1600 tablet untuk pelajar-pelajar miskin, yang akan disalurkan melalui anak syarikat kerajaan negeri (GLC).

KULIAH ONLINE

  • Insentif ‘kuliah online‘ kepada pendakwah yang terjejas dan tiada pendapatan tetap.

PINTAR

  • Membuka operasi 20 buah Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) yang akan memberi keutamaan kepada pelajar miskin dan bermasalah semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

INSENTIF KHAS

  • Pemberian insentif khas sebanyak RM300 seorang kepada penggiat pelancongan termasuk penarik beca, pemandu bot penambang, kakitangan agensi pelancongan dan pengembaraan (imbound sahaja), pemandu bot Tasik Kenyir, pemandu pelancong berdaftar, serta pemandu teksi lapangan terbang.
  • Pengecualian Cukai Taksiran bagi tahun 2020 kepada Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Negeri Terengganu.

BERKAT PKP 2.0: RM100 Tunai, Top Up & Pelbagai Insentif Untuk Rakyat Terengganu

HUBUNGI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN/DUN

Rakyat yang tidak termasuk dalam golongan seperti disebutkan di atas namun amat memerlukan dan terjejas sepanjang tempoh PKP 2.0, boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat ADUN/DUN masing-masing untuk memohon bantuan sesuai yang diperlukan.

Baca juga: 5750 Kampit Beras Percuma Setiap Minggu Untuk Golongan B40

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...