Buat Pindahan Wang Ke Akaun Simpanan TH Melalui JomPay Bila-Bila Masa Sahaja

Para pendeposit Tabung Haji (TH) boleh menggunakan JomPAY untuk membuat pindahan wang atau mendeposit wang ke akaun simpanan TH masing-masing. Maknanya selepas ini anda tidak perlu lagi membuat pendaftaran melalui perbankan online untuk melakukan pindahan wang dari akaun bank ke akaun simpanan TH anda.

Nampaknya semakin lama semakin mudah urusan pindahan dan simpanan wang anda selepas ini.

Malah, lakukan pindahan wang ke akaun simpanan TH anda melalui JomPAY bila-bila masa dan dimana sahaja anda berada.

INFO RINGKAS PINDAHAN WANG KE AKAUN SIMPANAN TH MELALUI JOMPAY

Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana dalam talian – JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak touchpoints untuk kemudahan para pendepositnya.

TH sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan digital kepada para pendepositnya dan dengan pengenalan kemudahan JomPAY, urusan para pendeposit dapat dijalankan dengan lebih mudah.

Para pendeposit dapat memindahkan dana daripada akaun simpanan/semasa bank mereka ke akaun simpanan TH melalui platform perbankan internet yang sedia ada. Tambahan pula, para pendeposit tidak perlu membuat sebarang pendaftaran untuk menggunakan kemudahan ini dan ia adalah percuma

CARA MEMBUAT PINDAHAN WANG KE AKAUN TH MELALUI JOMPAY

Untuk membuat pindahan wang ke akaun TH melalui JomPAY sangat mudah. Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

  • Log masuk ke perbankan online pilihan anda.
  • Klik JOMPAY.
  • Seterusnya lakukan pindahan dengan memasukkan maklumat berikut:
    • Biller Code: 60228
    • Biller Name: Tabung Haji Deposit
    • Ref-1: Nombor Akaun TH (15 digit)
    • Ref-2: Jika ada
    • Amaun (RM)
  • TAC akan dihantar kepada anda.
  • Masukkan nombor TAC dan lakukan pindahan wang ke akaun TH anda.
  • Transaksi anda telah berjaya!
Nota: Anda boleh buat pindahan wang dengan JomPAY ke akaun TH Pihak Ketiga dengan menggunakan nombor akaun TH PIhak Ketiga sahaja.

CAJ PERKHIDMATAN

Seperti yang dimaklumkan oleh pihak TH, tiada sebarang caj dikenakan ketika melakukan transaksi dan wang akan masuk ke akaun pendeposit keesokan harinya pada hari bekerja.

SEMAKAN WANG

Seterusnya, anda boleh membuat semakan wang melalui akaun THiJARI yang telah anda daftarkan.

  • Klik pautan www.thijari.com.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  • Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.
  • Klik SEMAKAN untuk membuat semakan baki akaun anda.

THiJARI : Tabung Haji Online. Dapatkan Cara Daftar & Semak Baki Disini

Rujuk: THiJARI : Tabung Haji Online. Dapatkan Cara Daftar & Semak Baki Disini

INFO & PERTANYAAN LANJUT

Sebarang pertanyaan dan info selanjutnya mengenai THiJARI, sila hubungi cawangan Tabung Haji yang berdekatan atau hubungi Tabung Haji Contact Centre di saluran berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.