Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bayaran Cukai Secara Online ezHasil. Tiada Lagi Cek Kiriman Pos Selepas Ini

1,840

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam kenyataannya menyatakan bahawa bayaran cukai menggunakan cek yang dikirim melalui pos kepada pihak mereka akan dihentikan mulai 1 Januari 2021.

Ia bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan ke arah meningkatkan penggunaan medium bayaran secara dalam talian atau e-bayaran.

Namun ianya langkah tersebut tidak terpakai kepada perkhidmatan berikut:

  • Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
  • Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara)
  • Cukai Pegangan dan Kompaun

PAUTAN ezHASIL

Bermula 1 Januari 2021, pembayar cukai atau wakil perlu membuat bayaran ByrHasil dengan menggunakan kemudahan ezHasil di portal rasmi LHDN berikut:

Bayaran Cukai Secara Online ezHasil. Tiada Lagi Cek Kiriman Pos Selepas Ini

 

 

Anda juga boleh membuat bayaran menerusi:

  • Portal perbankan internet bank yang dilantik sebagai ejen kutipan
  • Kaunter bayaran di Pusat Bayaran LHDN
  • Kaunter bank
  • Mesin deposit tunai atau cek
  • Mesin juruwang automatik (ATM)

Untuk pembayaran yang dilakukan di kaunter bank:

  • Pembayar cukai hendaklah memastikan nombor rujukan fail cukai pendapatan
  • Nama penuh dan nombor MyKad
  • Tahun taksiran dan bilangan ansuran cukai dibayar
  • Kod bayaran dan amaun yang tepat

ELAK KENAIKAN LEWAT BAYAR

Bagi mengelakkan kenaikan lewat bayar dikenakan, pembayar cukai atau wakil cukai hendaklah memastikan ketetapan baharu ini dipatuhi dan sebarang bayaran cukai menggunakan cek melalui mel atau kurier hendaklah disempurnakan:

  • Sebelum 1 Januari 2021

Adakah anda penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)? Jika ya, semak tarikh pembayaran serta jadualnya disini.

INFO LANJUT

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...