Penerima bayaran i-Citra dan i-Sinar KWSP bakal menerima bayaran dengan pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 26 Oktober bagi i-Sinar dan 1 November bagi i-Citra.
Selain itu, KWSP juga memaklumkan bahawa pembayaran akan dimasukkan ke akaun masing-masing secara berperingkat mengikut tarikh yang telah dinyatakan.
Lepas ini bolehlah anda semua buat semakan di i-Akaun KWSP dan akaun bank masing-masing pada tarikh yang telah tersebut.
TARIKH BAYARAN i-SINAR & i-CITRA KWSP
Isi Kandungan
KWSP telah menyatakan di dalam akaun Facebook rasmi mereka bahawa tarikh bayaran adalah seperti berikut:
i-Sinar
- Mulai 26 Oktober 2021
i-Citra
- Mulai 1 November 2021
TEMPOH KREDIT BAYARAN i-SINAR & i-CITRA KWSP
Penerima i-Sinar dan i-Citra akan dikreditkan bayaran ke akaun masing-masing dalam tempoh berikut:
- 1 hingga 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.
Jadi, anda boleh membuat semakan tarikh bayaran iSinar dan juga iCitra melalui iAkaun KWSP dengan lebih mudah dan lebih tepat seperti yang dikongsikan ini.
Rujuk: Mudah! Check Tarikh Bayaran iSinar Setiap Bulan Melalui iAkaun KWSP Sahaja
CARA CHECK TARIKH BAYARAN WANG iSINAR & iCITRA MELALUI iAKAUN KWSP
Untuk check tarikh bayaran wang pendahuluan iSinar dan iCitra ke akaun bank anda mudah sahaja. Anda hanya perlu:
- Klik masuk ke pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
- Klik LOG MASUK.
- Kemudian masukkan USER ID dan klik NEXT.
- Masukkan PASSWORD akaun anda dan klik NEXT.
- Kemudian pada bahagian atas, klik WITHDRAWAL.
- Pada bahagian kiri pula, klik WITHDRAWAL HISTORY.
- Kemudian klik pada iSINAR atau iCITRA
- Anda akan dapat lihat tarikh bayaran pendahuluan pertama dan bayaran bulanan dikreditkan pada bahagian tersebut.
- Semakan tarikh bayaran pertama serta bayaran bulanan seterusnya telah siap.
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.