Sebalik musibah Covid-19 ini sudah tentu ada rahmat di sebaliknya selain sebagai satu peringatan kepada umat manusia.
Pada Ramadan kali ini, kita perlu bermuhasabah dengan menjadikan musibah Covid-19 sebagai pengajaran untuk merebut peluang sepenuhnya mengejar keberkatan bulan mulia ini.
Berbalik kepada pengajaran daripada musibah Covid-19, alangkah baik jika mengambil langkah berjimat atau manfaatkan wang untuk tujuan itu untuk perkara lain seperti membantu lebih ramai golongan memerlukan.
Baca juga: Adakah Bermulanya Puasa Setelah Masuk Waktu Imsak? Ini Penjelasan Mufti
JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK NEGERI PAHANG
Isi Kandungan
Berikut adalah jadual waktu berbuka dan imsak bagi Negeri Pahang:
ZON 1
ZON 2
ZON 3
ZON 4
ZON 5
ZON 6
BEZA ZAKAT FITRAH DAN ZAKAT HARTA
Zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang bekemampuan, iaitu yang cukup makanan pada malam dan pagi raya. Kadarnya adalah 2.7 kg beras iaitu bersamaan RM7 kadar di negeri Selangor. Waktu dibayar adalah sepanjang bulan Ramadan hingga sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri.
Manakala zakat harta pula dikenakan ke atas orang berharta yang memiliki harta melebihi 85g emas iaitu kadar semasa berjumlah RM13,425 dan melepasi haulnya iaitu 1 tahun tempoh simpanan.
Zakat harta merangkumi zakat perniagaan, pendapatan, wang simpanan, emas & perak, saham, dan wang pengeluaran KWSP. Kadar zakat harta adalah 1/40 iaitu 2.5% dan waktu dibayar adalah sepanjang tahun.
Ramai yang terkeliru dan menganggap bila sudah bayar zakat fitrah maka tidak perlu lagi bayar zakat harta. Jadi jelas di sini ianya berbeza dan perlu dikira berasingan.
Kedua zakat ini hukumnya adalah wajib.
Firman Allah,
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah dirimu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat.” (An-Nur, 24:56)
Allah menggalakkan mereka yg berzakat dengan jaminan pertambahan rezeki.
“Perumpamaan org yg menafkahkan hartanya dijalan Allah adalah serupa dgn benih yg menumbuhkan tujuh butir, pada tiap2 butir2 seratus biji. Allah melipatgandakan ganjaran bagi siapa yg dikehendakiNya.” (Al-Baqarah, 1:261)
Baca juga: Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui Aplikasi Tulus. Download & Bayar Zakat Anda Sekarang
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.