Cara Mohon Program Biasiswa Kumpulan Maybank 2021. Semak Syarat Kelayakan Disini

Yayasan Maybank telah membuka permohonan Program Biasiswa Kumpulan Maybank bagi Tahun 2021 dan permohonan adalah secara online sahaja.

Program Biasiswa Kumpulan Maybank ini akan diberi mengikut kelayakan bidang pengajian untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Pengajian Luar Negara.

Semak syarat kelayakan permohonan dan cara membuat permohonan Program Biasiswa Kumpulan Maybank seperti yang dikongsikan ini.

Baca juga: Pelbagai Bantuan, Pinjaman & Biasiswa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka. Semak Cara Permohonan Disini

INFO RINGKAS BIASISWA MAYBANK

Telah diperkenalkan pada tahun 1972 oleh Yayasan Maybank melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan sehingga kini lebih daripda 2,000 orang pelajar telah menerima manfaat daripada Biasiswa Maybank ini.

Malahan, pelajar yang menerima program biasiswa ini juga berpeluang mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian masing-masing.

Terdapat 6 aspek utama pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu:

  1. Pendidikan
  2. Pemberdayaan Komuniti
  3. Seni dan Budaya
  4. Kepelbagaian Persekitaran
  5. Gaya Hidup Sihat
  6. Bantuan Bencana

Cara Mohon Program Biasiswa Kumpulan Maybank 2021. Semak Syarat Kelayakan Disini

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA KUMPULAN MAYBANK

Anda boleh membuat permohonan mulai sekarang sehingga tarikh tutup permohonan pada:

  • 25 April 2021

PEMBIAYAAN PROGRAM BIASISWA KUMPULAN MAYBANK

Program Biasiswa Kumpulan Maybank ini akan membiaya pelajar seperti berikut:

  • Wang saku
  • Yuran pengajian dan pendaftaran.
  • Pembiayaan lain berkaitan seperti buku, tablet, dan penginapan.

KELAYAKAN BIDANG PENGAJIAN

Kelayakan bidang pengajian untuk Program Biasiswa Kumpulan Maybank ialah:

  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Pengurusan
  • Pemasaran
  • Teknologi maklumat
  • Ekonomi
  • Perbankan
  • Aktuari
  • Matematik
  • Sumber Manusia
  • Psikologi
  • Perniagaan
  • Undang-undang
  • Statistik
  • Pelaburan
  • Pengurusan Risiko
  • Kursus berkaitan teknologi maklumat seperti programming, pengekodan, reka bentuk kreatif, sains data, aplikasi mudah alih, reka bentuk web dan sebagainya.

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM BIASISWA KUMPULAN MAYBANK

Syarat kelayakan untuk permohonan Program Biasiswa Kumpulan Maybank terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1. PENGAJIAN DALAM NEGARA (IPTA)

  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM80,000 setahun.
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan.
  • Berumur tidak melebihi 21 tahun.
  • Memperoleh CGPA minimum 3.0 dan ke atas.
  • Semua hutang PTPTN telah diselesaikan.

2. PENGAJIAN LUAR NEGARA

  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM150,000 setahun.
  • Pelajar sedang mengikuti program Asasi dan telah diterima untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.
  • Berumur tidak lebih 21 tahun.
  • Mendapat keputusan di Pra-Universiti dan Asasi iaitu:
    – CGPA minimum 3.0 untuk biasiswa permohonan pengajian di Amerika Syarikat.
    – Minimum A Level AAB untuk biasiswa permohonan pengajian di United Kingdom.
    – Minimum SAM 90% untuk permohonan pengajian di Australia.

CARA MOHON PROGRAM BIASISWA KUMPULAN MAYBANK

Pelajar yang ingin memohon Program Biasiswa Kumpulan Maybank, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan seperti berikut:

Cara Mohon Program Biasiswa Kumpulan Maybank 2021. Semak Syarat Kelayakan Disini

  • Klik APPLY HERE dan isikan maklumat anda.

Cara Mohon Program Biasiswa Kumpulan Maybank 2021. Semak Syarat Kelayakan Disini

  • Klik REGISTER dan log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah anda daftarkan sebentar tadi.
  • Lengkapkan permohonan anda dan hantar permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Biasiswa Kumpulan Maybank sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.