Pelbagai Bantuan, Pinjaman & Biasiswa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka. Semak Cara Permohonan Disini

Pelajar kelahiran negeri Melaka yang memerlukan bantuan kewangan contohnya dipelawa untuk memohon pelbagai bantuan seperti pinjaman dan biasiswa melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka.

Permohonan adalah secara online sahaja melalui portal yang disediakan di laman rasmi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka.

Manakala bagi pelajar negeri Terengganu pula, anda boleh memohon permohonan Biasiswa atau Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu sebelum tarikh tutup pada 18 April 2021.

Rujuk: Cara Mohon Biasiswa /Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu Tahun 2021. Mohon Secara Online

INFO RINGKAS TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.

Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka. TAPEM befungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman iaitu:

  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
  • Bantuan Institusi Pengajian Tinggi
  • Biasiswa Pelajar Sekolah Menengah (BK/BI)
  • Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah
  • Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang

JENIS BANTUAN, BIASISWA & PINJAMAN TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

Antara bentuk bantuan yang diberikan dibawah Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ialah:

PINJAMAN WANG PENGAJIAN TINGGI

Kelayakan Memohon

  • Pemohon lahir di Negeri Melaka
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan menetap di dalam Negeri Melaka dan pengundi di Negeri Melaka
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang tersenarai dalam tajaan Tabung Amanah PendidikanNegeri Melaka (TAPEM) sahaja.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform yang telah berkhidmat dan bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Melaka serta disahkan oleh majikan atau ADUN kawasan.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak memohon.

Cara Memohon

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan e-TAPEM di laman web https://tapem.melaka.gov.my.
  • Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak).
  • Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen telah telah disahkan oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/ Penghulu/Pengerusi Japerun/ Pengerusi MPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
    Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Perjanjian

  • Pelajar yang menerima tawaran pinjaman perlu menandatangani Surat Perjanjian beserta dua (2) orang penjamin

Pembayaran Balik

  • Selepas 6 bulan tamat tempoh pengajian, pelajar-pelajar akan diberi surat jadual pembayaran balik sepenuhnya pinjaman yang diterima mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan
  • Pelajar-pelajar yang gagal/diberhentikan atau meninggalkan pengajian dikehendaki membayar balik sepenuhnya dengan serta merta jumlah pinjaman yang diterima
  • Sebarang rayuan mengenai pinjaman tertakluk kepada pertimbangan Lembaga. Keputusan Lembaga adalah muktamad.

BANTUAN PERSEKOLAHAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Sumbangan bantuan persekolahan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah pemberian sumbangan yang berupa bahan-bahan dan peralatan sekolah bagi meringankan beban daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Pemberian ini diberikan kepada pelajar-pelajar anak negeri Melaka dari tahun 1 hingga 5 yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Pencalonan dibuat oleh pihak sekolah.

Jenis Bantuan

  • Pakaian seragam sekolah
  • Kasut dan stokin sekolah
  • Beg Sekolah
  • Alat Tulis
  • Lain-lain keperluan yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa

Syarat-syarat Pencalonan Penerima Bantuan Pelajar Sekolah 

Syarat pencalonan penerima bantuan pelajar sekolah ialah:

  • Pemohon dilahirkan di negeri Melaka atau,
  • Ibu atau bapa dilahirkan di negeri Melaka dan,
  • Bermastautin di negeri Melaka dan,
  • Pengundi di negeri Melaka.
  • Pelajar mesti menuntut di Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan atau Sekolah Rendah Arab (JAIM) di dalam negeri Melaka.
  • Kelayakan pemohon dari Tahun 1 hingga 5 sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  • Keutamaan diberi kepada anak yatim / yatim piatu / ibu tunggal / orang kelainan upaya / kurang kemampuan / ramai tanggungan.

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi bertujuan untuk membantu anak-anak Melaka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.

Kelayakan Memohon

  • Pemohon lahir di Negeri Melaka
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan menetap di dalam Negeri Melaka dan pengundi di Negeri Melaka
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang tersenarai dalam tajaan Tabung Amanah PendidikanNegeri Melaka (TAPEM) sahaja.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform yang telah berkhidmat dan bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Melaka serta disahkan oleh majikan atau ADUN kawasan.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak memohon.

Cara Memohon

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan e-TAPEM di laman web https://tapem.melaka.gov.my.
  • Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak).
  • Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen telah telah disahkan oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/ Penghulu/Pengerusi Japerun/ Pengerusi MPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
    Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Biasiswa Pelajar Sekolah Menengah

Biasiswa ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negeri Melaka merangkumi Biasiswa Biasa dan Biasiswa Asnaf

Syarat pencalonan penerima bantuan pelajar sekolah ialah:

  • Pemohon dilahirkan di negeri Melaka atau,
  • Ibu atau bapa dilahirkan di negeri Melaka dan,
  • Bermastautin di negeri Melaka dan,
  • Pengundi di negeri Melaka.
  • Pelajar mesti menuntut di Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan atau Sekolah Rendah Arab (JAIM) di dalam negeri Melaka.
  • Kelayakan pemohon dari Tahun 1 hingga 5 sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  • Keutamaan diberi kepada anak yatim / yatim piatu / ibu tunggal / orang kelainan upaya / kurang kemampuan / ramai tanggungan.

Pelbagai Bantuan, Pinjaman & Biasiswa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka. Semak Cara Permohonan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka sila hubungi:

  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka TAPEM
    No 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang
    Hang Tuah Jaya, 75450 Lebuh Ayer Keroh
    Melaka
  • Telefon: +606-333 3333 x 3201/02/03/05/06/07/10
  • Faks: +606-2331450
  • Emel: [email protected]
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.