Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pendaftaran Kursus Mata CCD Secara Online Buat Kontraktor

3,059

Para kontraktor pastinya ingin mengikuti kursus yang berkaitan dengan mata CCD untuk memperbaharui  lesen kontraktor masing-masing tetapi tidak tahu dimana boleh dapatkan maklumat berkaitan kursus mata CCD disini.

Kebanyakan kursus yang disedikan juga telah dibatalkan dan ditunda akibat pandemik Covid-19 dan disebabkan kerana hal ini, penganjur telah menyediakan kursus mata CCD secara online agar memudahkan para kontraktor mengikuti kursus yang disedikan.

Jom dapatkan maklumat kursus yang disediakan agar anda mendapat mata CCD seterusnya boleh memperbaharui lesen kontraktor masing-masing.

APA ITU CCD?

CCD ialah Contractor Continous Development. Setiap kontraktor perlu mengutip mata CCD yang ditetapkan bagi setahun untuk proses memperbaharui lesen CIDB. Contohnya, bagi Gred G7 mata CCD setahun yang diperlukan ialah minimum 40 mata.

Jika syarikat hendak memperbaharui lesen bagi 3 tahun, mata yang perlu dikutipnya ialah 120 mata. Tapi mata ni tidak boleh di bawa ke tahun selepas lesen diperbaharui walaupun terdapat baki mata yang terlalu banyak.

Untuk dapatkan mata CCD ini, setiap kontraktor perlu ikuti kursus atau seminar yang disahkan oleh CIDB yang akan diberikan mata.

Bagi setiap modul, akan diadakan ujian untuk memastikan kontraktor layak dapat mata CCD. Bagi kursus ini, setiap modul akan diberi sebanyak 2 mata.

Untuk pengetahuan anda, mata CCD akan mula diwajibkan bagi kontraktor yang ingin memperbaharui lesen pada 1 Januari 2010.

JENIS KURSUS MATA CCD & TARIKH

Terdapat 3 jenis kursus mata CCD beserta tarikh untuk panduan anda:

  • Pengenalan Asas Penyelengaraan Bangunan Kerja Awam & Struktur
    Tarikh : 24 April 2021
  • Kursus Pengenalan Penilaian Kuantiti Kerja Pembinaan Bangunan
    Tarikh : 25 April 2021
  • Kursus Asas Kerja Kalis Air (Waterproofing)
    Tarikh : 1 Mei 2021

YURAN KURSUS MATA CCD

Yuran Kursus Mata CCD yang dikenakan adalah sebanyak:

  • RM150

MATA KURSUS CCD

Mata kursus CCD adalah seperti berikut:

Pengenalan Asas Penyelengaraan Bangunan Kerja Awam & Struktur

  • 10 mata

Kursus Pengenalan Penilaian Kuantiti Kerja Pembinaan Bangunan

  • 10 mata

Kursus Asas Kerja Kalis Air (Waterproofing)

  • 10 mata

KAEDAH KURSUS MATA CCD ONLINE

Kaedah Kursus Mata CCD adalah seperti berikut:

  • Menggunakan aplikasi Google Meet (Online)

Setiap peserta akan dibantu serta diberi panduan dari awal sehingga tamat kursus.

Sijil akan diberikan selepas kursus online tamat.

Pendaftaran Kursus Mata CCD Secara Online Buat Kontraktor

Baca juga: Cara Mohon Aspirasi Capital For Boost Secara Online 3 Minit Sahaja! Pembiayaan Sehingga RM20,000.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kursus Mata CCD sila hubungi:

  • Cik Isya: 012-537 1675
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...