Tawaran Permohonan Tajaan Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2021. Ini Cara Mohon
Kumpulan Yayasan Sabah mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon tajaan Dermasiswa/Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2021.
Terdapat pelbagai jenis tajaan biasiswa dan pinjaman pengajian yang ditawarkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah bagi Tahun 2021 yang telah dibuka untuk permohonan pada 24 Mac yang lalu.
Semua permohonan adalah secara online dan semak cara memohon melalui artikel yang dikongsikan ini.
Baca juga: Cara Daftar Pelbagai Majlis & Pemilik Premis Perniagaan Melalui SabahTrace
TARIKH TUTUP PERMOHONAN TAJAAN BIASISWA/TAJAAN PENGAJIAN TINGGI YAYASAN SABAH
Isi Kandungan
Permohonan tajaan biasiswa dan pinjaman pendidikan adalah pada:
- 9 Mei 2021
JENIS TAJAAN
Jenis-jenis tajaan yang ditawarkan oleh Yayasan Sabah adalah:
BIASISWA
- Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
- Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
- Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam
- Biasiswa Ulum Islamiah
- Biasiswa Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Automotif dan Kejuruteraan Perniagaan)
- Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM)
- Biasiswa IPTA/IPTS
- Biasiswa Pelancongan/Perhotelan
DERMASISWA
- Dermasiswa KTYS
- Dermasiswa Bahasa Arab (UCSF-Timur Tengah)
- Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)
KRITERIA AM PEMOHON TAJAAN BIASISWA/TAJAAN PENGAJIAN TINGGI YAYASAN SABAH
Kriteria pemohon untuk tajaan biasiswa dan pinjaman pendidikan adalah:
- Pemohon,ibu dan bapa warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah; atau
- Pemohon,ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa berasal dari Negeri Sabah; atau
- Pemohon,ibu dan bapa warganegara Malaysia tetapi salah seorang ibu atau bapa mempunyai status Penduduk tetap di Negeri Sabah.
KELAYAKAN AKADEMIK
Kelayakan akademik untuk setiap tajaan adalah seperti berikut:
Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (BCNS)
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5A+ termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2020.
Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar (BCPLB)
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5A termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2020. Khusus kepada golongan B40 luar bandar.
Biasiswa Bahasa Arab/Pengajian Islam & Biasiswa Ulum Islamiah
- Pemohon mestilah memperoleh Sijil Penuh dalam peperiksaan STAM sekurang-kurangnya Jaid Jiddan (Sangat Baik) dan/atau memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM.
Biasiswa Kejuruteraan
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dalam peperiksaan Matrikulasi/Asasi
Biasiswa Pengajian Islam (KTYS/KUIM)/Biasiswa IPTA/IPTS/Biasiswa Pelancongan/Perhotelan/Kursus Asas Kejuruteraan & Pinjaman Pengajian
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
Dermasiswa Kolej Profesional Baitulmal, Kuala Lumpur (DKPBKL)
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan SPM.
Dermasiswa KTYS
- Pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
CARA MEMOHON
Permohonan adalah secara online dipautan:
- Klik PORTAL PERMOHONAN TAJAAN YAYASAN SABAH 2021
- Klik DAFTAR AKAUN.
- LOG MASUK semula untuk membuat permohonan anda.
- Ikut langkah demi langkah untuk melengkapkan permohonan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai masalah teknikal boleh hubungi Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah di talian:
- 088-326 385/326 390/326 392/326 393/326 395/326 396/326 397/326 399/326 402/326 603
- [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.