Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

BKSS 5.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang, 11 Inisiatif & Manfaat Untuk Rakyat

4,409

Kerajaan Sarawak telah mengumumkan permohonan dan pemberian Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 (BKSS 5.0) mulai 21 Januari 2021.

Baca juga: Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS): Daftar, Mohon & Semak Bantuan RM1500

BKSS yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak bagi membantu dan meringankan beban rakyat yang terjejas akibat COVID-19.

Sejak COVID-19 merebak di negeri ini mulai Mac tahun lepas, Kerajaan Negeri Sarawak melaksanakan pelbagai bantuan menerusi empat siri BKSS sebelum ini, membabitkan peruntukan lebih RM2.6 bilion.

BKSS 5.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang, 11 Inisiatif & Manfaat Untuk Rakyat

INISIATIF YANG TERDAPAT DALAM BKSS 5.0

1. DISKAUN BIL ELEKTRIK

Pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diberi diskaun 5% hingga 25% ke atas bil elektrik bulanan mulai:

  • Januari hingga Jun 2021

Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 642,000 isirumah di seluruh Sarawak.

2. DISKAUN BIL AIR

Pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diberi diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan mulai:

  • Januari hingga Jun 2021

Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 568,000 isirumah di seluruh Sarawak.

3. DISKAUN 50% SEWA PASAR DAN GERAI

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai untuk 6 bulan:

  • Mulai Januari hingga Jun 2021

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan gerai di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 4. PENGECUALIAN BAYARAN PERMIT DAN LESEN PERNIAGAAN

Kerajaan GPS Sarawak akan mengecualikan bayaran permit dan lesen perniagaan kepada peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu.

Pengecualian bayaran ini akan mengurangkan beban para peniaga, penjaja, peniaga pasar malam dan pasar tamu yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Sarawak.

5. PENGECUALIAN BAYARAN SEWA KEPADA PENGUSAHA KECIL DAN SEDERHANA (PKS) YANG BEROPERASI DI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN MILIK BADAN-BADAN BERKANUN DAN SYARIKAT-SYARIKAT GLC NEGERI

Kerajaan GPS Sarawak akan meneruskan pengecualian bayaran sewa kepada pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milik Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri dalam tempoh 6 bulan mulai Januari hingga Jun 2021 seperti:

  • Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)
  • Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah Sarawak (LCDA)
  • Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

6. DISKAUN 25% TAKSIRAN KADAR CUKAI PINTU

Diskaun 25% akan diberi kepada taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 mulai Januari hingga Jun 2021 untuk:

  • Premis kediaman
  • Komersil
  • Industri
  • Premis pegangan khas

Langkah ini akan memberi manfaat kepada 185,000 premis di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sekaligus meringankan beban rakyat dan peniaga di Sarawak.

7. DISKAUN 50% SEWA SKIM PERUMAHAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN SARAWAK (HDC)

Diskaun 50% sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mulai:

  • Januari hingga Jun 2021

Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak.

8. DISKAUN 30% CUKAI TANAH

Diskaun 30% untuk pembayaran cukai tanah bagi tahun 2021 akan memberi manfaat kepada lebih 52,400:

  • Tempat kediaman
  • Pusat komersil dan industri
  • Perladangan skala besar
  • Lain-lain kemudahan awam

Langkah ini akan mengurangkan beban rakyat dan akan melibatkan kos berjumlah RM11.8 juta yang ditanggung oleh Kerajaan GPS Sarawak.

9. PENGECUALIAN PEMBAYARAN LESEN HOTEL DAN RUMAH TUMPANGAN

Pengecualian pembayaran lesen hotel secara one-off atau sekali bayar kepada 17,300 bilik hotel di seluruh Sarawak tahun 2021. Manfaat kepada lebih daripada 340 pengusaha hotel dan rumah tumpangan.

10. PENANGGUHAN PEMBAYARAN PREMIUM TANAH

Penangguhan pembayaran premium tanah secara one-off atau sekali sahaja bagi tahun 2021 akan memberi manfaat kepada lebih 1,720 pemilik tanah di seluruh Sarawak yang merangkumi tanah pertanian, kediaman, komersil dan industri serta institusi awam dan swasta.

11. PENANGGUHAN PEMBAYARAN SKIM PINJAMAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (SPIKS)

Sebagai langkah membantu aliran tunai dan mengurangkan beban kewangan para Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS), Kerajaan GPS Sarawak akan menangguhkan pembayaran Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) selama:

  • 6 bulan mulai Januari hingga Jun 2021.
  • Manfaat kepada 174 peminjam dengan nilai berjumlah RM0.9 juta.

BKSS 5.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang, 11 Inisiatif & Manfaat Untuk Rakyat

Baca juga: RM450 Bakal Diterima Oleh Setiap Ibu Yang Melahirkan Anak. Lihat Cara Permohonan Disini

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...